Selepas pemergian Heath Ledger, nampaknya ruang yang ditinggalkan pelakon itu nampaknya sangat sukar diisi. Lakonan Heath yang sangat berkesan menjadikan ianya satu misi yang sulit buat Warner untuk mencari pelakon yang sesuai untuk menjadi Joker dalam mana-mana franchise Batman selepas ini.

Mereka telah cuba pelakon Jared Leto sebagai Joker dalam Suicide Squad namun ianya langsung tidak meninggalkan kesan. Jared turut dikecam oleh peminat setia Batman kerana nampak terlalu try hard untuk menjadi Joker.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jared

Warner Bros dalam fasa untuk menghasilkan filem spin-off untuk Joker dan Harley Quinn dan producer dan direktor terkemuka Martin Scorsese dikhabarkan dalam senarai Warner dalam projek ini. Secara tiba-tiba, pelakon yang biasa muncul dalam filem Martin Scorsese, Leonardo DiCaprio naik untuk memegang watak The Joker ini.

Rancangan Warner adalah seperti ini. Dengan menjadikan Scorsese sebagai producer, mereka dapat ‘memancing’ Leonardo untuk memegang watak The Joker ini. Pengarah filem The Hangover, Todd Philipps akan bertindak selaku direktor dan ini adalah cubaan mereka untuk menghasilkan karya yang setanding siri trilogi The Dark Knight oleh Christopher Nolan.

Sekiranya khabar angin ini benar, adakah Leonardo layak untuk memegang watak The Joker ini? Jika dilihat dari portfolio lakonan Leonardo sebelum ini, Kalau beliau in character memang tiada siapa yang boleh menandingi lakonan hebat beliau.

Masih ingat babak meja makan dalam Django Unchained? Ketika babak ini, tangan Leonardo terluka selepas mengetuk meja dan beliau tidak panik tetapi improvise lakonannya. Quentin Tarantino menggunakan footage ini di dalam filem kerana Leonardo sangat natural serta kekal in character walaupun beliau tercedera.

Berdasarkan babak dalam Django Unchained ini saya yakin Leonardo mampu menjadi The Joker yang seterusnya. Namun plot asal filem spin-off ini adalah sewaktu The Joker dan Harley Quinn muda. Sekiranya Warner masih mahu kekal dengan plot filem asal, faktor usia pastinya akan menjejaskan sedikit peluang untuk kita lihat Leonardo berlakon sebagai The Joker. Semuanya masih di peringkat awal dan kita tunggu sahaja siapa yang akan jadi The Joker dan Harley dalam karya terbaru Warner Bros ini.