Sepanjang Olimpik Paris 2024 berlangsung, sosok seorang wartawan ini telah menjadi perhatian ramai kerana dilihat disenangi oleh semua pemain badminton Malaysia.

Individu yang dimaksudkan adalah Ahmed Shahrazad Sani atau dikenali sebagai Bangmed merupakan salah seorang pengamal media yang sangat disenangi oleh pemain badminton Malaysia termasuklah Lee Zii Jia serta pasangan beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Keakraban mereka tampak terserlah apabila selepas tamatnya permainan lantas pemain-pemain ini bakal meluru ke arah Bangmed yang berada di sekitar itu.

Bahkan, baru-baru ini tular video memaparkan detik kemanisan Zii Jia menyarungkan pingat gangsa yang dimenangi di Sukan Olimpik Paris 2024 kepada Bangmed menjadi perhatian ramai.

Difahamkan pasangan beregu lelaki itu juga pernah meminta agar Bangmed untuk datang melihat permainan mereka.

Sebelum ini, ada momen di mana Lee Zii Jia memeluk Bangmed seusai memenangi perlawanan untuk pingat gangsa dan menangis dengan kegembiraan di wajah masing-masing.

Sementara yang lain meragui kemampuan pemain-pemain negara, Bangmed masih tetap dengan keyakinan bahawa mereka akan berjaya.

Dengan sikap patriotisme dan pertuturan yang baik yang ditonjolkan oleh Bangmed ketika berinteraksi antara satu sama lain sememangnya menjadi pencetus semangat buat pemain-pemain badminton negara.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen berharap agar Bangmed diberikan penghargaan yang selayaknya kerana sentiasa yakin dan memberi sokongan penuh kepada pemain-pemain Malaysia walau apa jua keadaan.

‘Wartawan Of The Year’ - Bangmed Dipuji Jadi Pencetus Semangat Pemain Badminton Malaysia
Sumber Gambar: X
‘Wartawan Of The Year’ - Bangmed Dipuji Jadi Pencetus Semangat Pemain Badminton Malaysia
Sumber Gambar: X

Ramai turut menasihati agar pengamal media lain mencontohi sikap Bangmed yang sangat profesional dan empati kepada pemain tanpa perlu menjatuhkan moral mereka ketika disaat kekalahan.

 

Sumber