Isteri kepada Shuib, Watie Hanifiah mengesahkan bahawa suaminya telah menaikkan jumlah nafkah kepadanya setelah kes melibatkan Fattah Amin dan Fazura.
Watie gembira dengan tindakan Shuib itu walaupun dia tidak pernah mengadu kurang nafkah daripada Shuib.
Watie berkongsi perbualan WhatsApp antara dia dan suaminya. Dan dia menulis: “Alhamdulillah, sejak kes Fattzura, suami dan naikkan duit nafkah, walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup.
“Tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam.”
Watie menasihati orang ramai agar menjadikan kisah rumah tangga orang lain sebagai iktibar.
“Sebenarnya laki bini, jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama sama bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.
“Sebab kehidupan berumah tangga ini untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke akhir nafas terakhir bersama.”
Dalam tangkap layar perbualan mereka, Watie turut mendoakan suaminya agar mendapat rezeki berlimpah kali ganda di masa akan datang.
Sebelum in Fazura mendedahkan bahawa Fattah Amin sudah lama abaikan nafkah kepada dia dan anak mereka. Itu antara sebab kenapa Fazura menuntut cerai daripada Fattah Amin.
Fattah Amin menafikan bahawa dia mengabaikan nafkah kepada isteri dan anaknya, walaupun dia akui mungkin ada yang kurang.