Nama Pengarah Wes Anderson baru-baru ini menjadi viral di alam maya kerana lagu latar salah satu filemnya berjudul The French Dispatch dan gaya sinematografi yang sering digunakan olehnya. Lagu dan gaya rakaman video Wes Anderson telah digunakan sebagai bunyi latar untuk kandungan video di media sosial.

Lagu itu difahamkan dicipta oleh Alexandre Desplat dan dia sudah menjadi antara watak penting dalam menghasilkan gubahan muzik untuk beberapa filem Wes Anderson. Antaranya adalah untuk filem Fantastic Mr. Fox, Moonrise Kingdom dan Hotel Grand Budapest.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala salah satu lagu Alexandre berjudul Obituary menjadi tular kerana dijadikan sebagai bunyi dalam beberapa kandungan video di media sosial. Lagu Obituary telah digubah oleh Alexandre untuk menjadi salah satu bunyi (OST) asal daripada filem The French Dispatch.

Bagaimanapun, Wes Anderson sebenarnya berasa kurang selesa apabila lagu tersebut menjadi trend di media sosial. Terdapat banyak pencipta kandungan atau pengguna media sosial yang membuat video dengan gaya sinematografi beliau.

Malah, Wes Anderson mengakui dia sebenarnya mengelak daripada melihat salah satu video ‘Wes Anderson Challenge’. “Saya sangat pandai melindungi diri saya dari melihat semua hal itu,” kata Wes Anderson seperti dikutip NME.

Wes Anderson turut meminta orang ramai terutama pengguna media sosial supaya tidak menghantar video tersebut kepadanya, “Jika seseorang menghantar saya sesuatu seperti itu, saya akan segera memadamkannya dan berkata, ‘Tolong, maaf, jangan hantar saya perkara yang orang telah lakukan kepada saya,'” kata Wes Anderson.

Alasan Wes Anderson kenapa beliau tidak gemar gayanya ditiru oleh pencipta kandungan adalah kerana video-video tersebut telah telah menghilangkan makna terbesar dari sudut pandang filem yang dibuat olehnya.

“Saya tidak mahu melihatnya dan berfikir, ‘Adakah itu yang saya lakukan? Adakah itu yang saya maksudkan?’,” kata Wes Anderson. “Saya tidak mahu melihat terlalu ramai orang lain berfikir tentang apa yang saya cuba.”