Suka atau tidak, wabak COVID-19 ini tidak dapat dihapuskan secara total menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengarah Kecemasan WHO, Dr. Michael Ryan berkata ia adalah sangat sukar untuk meramal bila pandemik ini akan berakhir.
Bagi WHO, perkara terbaik (sebelum vaksin COVID-19 ditemui) adalah untuk penduduk dunia menerima dan mengikuti ‘norma baharu’ untuk meneruskan kehidupan.
Dr. Ryan berkata pada ketika ini, jumlah penduduk dunia yang dijangkiti COVID-19 adalah masih ‘rendah’. Untuk pandemik ini berakhir, dunia memerlukan vaksin dan akan ambil masa bertahun untuk sesuatu populasi penduduk membentuk imunisasi berkumpulan bagi COVID-19.
Dr. Michael Ryan WHO, "Humans are not herds…the concept of herd immunity is generally reserved for calculating how many people would need to be vaccinated…it can lead to a very brutal arithmetic that does not put people and life and suffering at the centre of that equation." pic.twitter.com/54KMWJFbdd
— Brexitshambles (@brexit_sham) May 12, 2020
Living with #COVID? Is that what the future portends?
Yes, according to Dr Michael Ryan of @WHO@Reuters
— Vinita Bhatia (@bhatiavinita) May 14, 2020
Beliau menambah lagi COVID-19 perlu menjadi virus baharu yang kita perlu ‘terima’ dalam kehidupan. Dr. Ryan memberi contoh virus HIV yang tidak dapat dihapuskan tetapi dengan rawatan yang betul, pesakit dapat terus hidup walaupun penyakit berkenaan ada di dalam tubuh mereka.
Kenyataan ini dibuat tersebut dibuat selepas beberapa negara di seluruh dunia mula melonggarkan sekatan dan membenarkan sektor ekonomi kembali beroperasi. WHO turut memberi amaran bahawa tidak ada jaminan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.
Bagaimanapun, tambah Dr. Ryan, walaupun satu vaksin yang efektif berjaya dihasilkan dalam masa terdekat, ia tetap memerlukan kerja yang banyak untuk menghasilkan vaksin berkenaan dan memerlukan masa untuk mengagihkan vaksin berkenaan ke seluruh dunia.
Berikut adalah beberapa artikel berkaitan COVID-19 terkini yang berlaku di seluruh dunia. Klik pada pautan di bawah.
Syarikat Penerbangan Kedua Tertua Dunia Difailkan Bankrap Berikutan COVID-19
Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19
Lelaki Di China Hampir Maut, Paru-Paru Bocor Selepas Jogging Pakai ‘Mask’