Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dikritik dengan cara mereka mengendalikan wabak coronavirus yang melanda China sehingga merebak ke beberapa negara luar.

Agensi PBB yang berpangkalan di Geneva berkata dalam satu laporan pada Ahad lalu bahawa risiko jangkitan wabak yang melanda Tanah Besar China, peringkat serantau dan global adalah pada paras tertinggi.

“Sangat tinggi di China, tinggi di peringkat serantau dan tinggi di peringkat global,” kata laporan WHO.

Dalam satu laporan lain, WHO menjelaskan bahawa mereka telah menyatakan ‘dengan tidak tepat’ bahawa risiko pada peringkat global adalah ‘sederhana’.

Walau bagaimanapun, penilaian terbaharu tidak akan mengubah apa-apa terutamanya berkenaan dengan pengumuman darurat antarabangsa.

WHO pada Khamis lalu menghentikan pengumuman coronavirus sebagai darurat kesihatan disebabkan bimbang dengan komuniti antarabangsa, lapor Awani.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang mengunjungi China minggu ini telah diajukan beberapa soalan mengenai pendirian WHO.

“Ini adalah kecemasan di China tetapi ia belum menjadi kecemasan kesihatan global,” katanya.

Virus yang dikenal pasti di bandar Wuhan di China pada 31 Disember lalu telah menjangkiti lebih daripada 2,700 orang di seluruh dunia manakala 81 orang telah mati – semuanya di China.

Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai coronavirus, boleh klik pautan di bawah.

Saintis Pernah Beri Amaran Pada China Sejak 2017 Lagi Bahawa Sesuatu Yang Buruk Akan Berlaku

Elak Penyebaran Wabak Coronavirus, Masjid Putra Ditutup Buat Pengunjung Bukan Islam

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Sumber