Pertahanan Arsenal, William Saliba tanpa berselindung mengakui Liverpool seharusnya diberikan sepakan penalti pada aksi melibatkan kedua-dua pasukan yang berlangsung awal pagi tadi.

Insiden pada babak pertama dalam kawasan penalti itu menyaksikan bola terkena tangan ketua pasukan, Martin Odegaard tetapi tidak dihiraukan pengadil perlawanan, Chris Kavanagh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, rujukan Video Assistant Referee (VAR) juga bersetuju dengan keputusan pengadil tersebut tidak memberikan sepakan penalti.

Menurut sumber laporan Goal, Saliba turut mengakui pasukannya bernasib baik berikutan keputusan tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan pengadil terhadap insien tersebut, ini jawapan serta reaksi William Saliba sambil ketawa.

“Ya, sudah tentu. Ia adalah penalti. Tetapi saya bukan pengadil dan kami perlu  menerima [keputusan pengadil].”

Pertembungan melibatkan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 itu menyaksikan Gabriel Magalhaes membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi tandukan yang menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.

Berselang 25 minit kemudian, giliran Mohamed Salah pula meletakkan nama selaku penjaring hasil rembatan padu yang diledakkannya untuk mengikat kedudukan.

Sehubungan keputusan seri itu, Arsenal masih memimpin carta EPL dengan kelebihan satu mata hasil 12 kemenangan, empat keputusan seri dan dua kekalahan untuk mengumpul 40 mata.

Sementara itu, Liverpool yang mengekori rapat pula menghasilkan 11 kemenangan, enam keputusan seri dan satu kekalahan

Aston Villa yang berada di tangga ketiga turut meraih 39 mata tetapi kekurangan perbezaan jaringan berbanding Liverpool.

Sumber