Filem Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 telah diharamkan daripada menemui penonton di Brunei. Namun, ia telah telah ditayangkan di lebih daripada 90 pawagam di seluruh Malaysia sejak 10 April minggu ini.

Walaupun tiada babak dalam karya berkenaan itu dipotong, filem tersebut telah diklasifikasi 18+ atas adegan-adegan yang ganas dan seram oleh Lembaga Penapisan Filem tempatan (LPF).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem tersebut terus mencetuskan kontroversi sekali lagi dengan laporan terkini yang mendedahkan bahawa filem tersebut gagal melepasi syarat penapisan filem bagi tayangannya di negara Brunei, disebabkan kandungan keganasan serta seram sepanjang filem tersebut.

Perintah larangan itu hanya dikeluarkan beberapa hari sebelum tarikh tayangan filem di Malaysia disahkan, kira-kira pada 8 April lalu.

Sejak siri pertama yang ditayangkan tahun lepas, Winnie the Pooh: Blood and Honey, menjadi topik perbualan hangat akibat pengolahan karakter yang dikatakan merosakkan karakter kegemaran kanak-kanak.

Selain itu, filem tersebut juga telah dibatalkan saat-saat akhir di Hong Kong, dikatakan berpunca daripada tekanan politik dan ini telah menghangatkan lagi topik filem tersebut di atas talian.

Walaupun menerima sambutan yang menggalakkan di dalam talian, pengedar filem di Malaysia masih teragak-agak untuk menayangkannya di Malaysia sebelum ini.

Menurut undang-undang hak cipta Amerika Syarikat, semua karya serta harta intelek akan masuk ke dalam domain awam selepas 95 tahun terbitan pertamanya.

Oleh itu, disebabkan Winnie the Pooh telah diterbit secara rasmi buat pertama kali pada tahun 1926, ianya sepatutnya telah dikategorikan ke dalam domain awam bermula tahun 2022.

Ini memberikan kelonggaran kepada orang awam untuk menggunakan watak-watak tersebut untuk penciptaan sekunder atau berkongsi kandungan cerita tanpa kebenaran.