Fahrizio Romano melaporkan: Here We Go, Florian Wirtz sertai Liverpool dengan rekod perpindahan kelab.
Liverpool hampir mengumumkan secara rasmi pembelian pemain tengah sensasi Jerman, Florian Wirtz daripada Bayer Leverkusen dengan nilai yang dilaporkan mencecah £116 juta.
Florian Wirtz telah tiba di UK pada hari ini untuk menjalani pemeriksaan perubatan bersama kelab Merseyside tersebut. Pemeriksaan itu dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh 24 jam sebelum pengumuman rasmi dilakukan oleh juara England itu.
Wirtz sertai Liverpool denggan kontrak 5 tahun
Perpindahan ini bukan sahaja mencatat rekod baharu buat Liverpool, malah bakal menjadi antara pembelian termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Wirtz, 22, dijangka menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga 2030, dengan gaji mingguan sekitar £245,000 (RM1.5 juta).
🚨 Florian Wirtz has now successfully completed his medical at Liverpool! 🇩🇪
Contract until June 2030 being signed right now with Wirtz set to be unveiled as new club record signing…
…𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐰𝐞 𝐠𝐨, confirmed. 💣🔴 pic.twitter.com/rCF5Ive2PT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 20, 2025
Playmaker asal Jerman itu bakal memainkan peranan utama di bawah pengurus baharu, Arne Slot, yang merancang untuk menempatkannya sebagai pemain No.10 dalam sistem taktikal pasukan.
Pembelian Wirtz merupakan sebahagian daripada usaha pembaharuan besar-besaran Liverpool menjelang musim baharu. Selain Wirtz, The Reds sebelum ini sudah menyempurnakan pembelian Jeremie Frimpong (dari Leverkusen) – £29.5 juta dan Giorgi Mamardashvili (Valencia) – £29.5 juta
Liverpool juga dalam proses untuk membeli Milos Kerkez dari Bournemouth dengan harga sekitar £40 juta.
Liverpool benar benar aktif dalam jendela perpindahan kali ini selepas jendela perpindahan suram musim lalu.
Wirtz sebelum ini turut menarik minat Manchester City. Namun kelab Manchester itu menarik diri kerana harga dianggap terlalu mahal iaitu sekitar £150 juta – dan pakej gaji yang tinggi membuatkan mereka perlu membelanjakan keseluruhan sekitar £300 juta.
Ianya memudahkan Liverpool untuk menandatangani Wirtz. Dengan kelab Leverkusen itu akhirnya setuju untuk meletakkan tanda harga £116 juta termasuk bonus.