Platform X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter kini mengumumkan bahawa pihaknya sudah mula mengenakan bayaran terhadap pengguna baharu di New Zealand dan Filipina.
Program baharu dinamakan Not-A-Bot ini dibuat atas usaha untuk mengatasi masalah bot dan spam pada platform berkenaan. Dengan mengenakan langganan tahunan ini, pengguna baharu bakal diberikan akses ciri asas aplikasi seperti menghantar mesej.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Starting today, we're testing a new program (Not A Bot) in New Zealand and the Philippines. New, unverified accounts will be required to sign up for a $1 annual subscription to be able to post & interact with other posts. Within this test, existing users are not affected.
This…
— Support (@Support) October 17, 2023
Difahamkan pengguna perlu membayar sekitar $1 (~RM4.74) pada setiap tahun bagi membolehkan mereka membuat posting di platform tersebut.
Bagaimanapun, bagi pengguna yang enggan membayar langganan tersebut, akses mereka menerusi platform X bakal sangat terhad. Mereka akan hanya boleh menonton video, membaca dan mengikuti akaun yang disukai sahaja.
“Langkah ini membantu untuk menilai potensi yang berkuasa untuk membantu kami memerangi bot dan pengirim spam pada X, sambil mengimbangi kebolehcapaian platform dengan jumlah bayaran yang kecil,” tambahnya.
Sementara itu, pengguna sedia ada yang telah mempunyai akaun X tidak akan terjejas. Menurut X, pilihan langganan telah terbukti sebagai penyelesaian utama yang berfungsi pada skala sebegini.