Granit Xhaka menganggap perpindahan ke Bayer Leverkusen dari Arsenal bukan satu langkah ke belakang dalam kariernya. Sebaliknya ia adalah dua langkah ke hadapan.

Ramai sebelum ini melabel Xhaka sebagai sudah tidak mampu bermain di pentas terbesar sebagai pemain utama. Sebab itu dia meninggalkan Arsenal dan menyertai Bayer Leverkusen.

Sebelum ini Mikel Arteta pernah memujuk Xhaka menangguhkan perpindahannya. Dan pemain itu setuju. Namun selepas tamat musim 2022/23, Arteta akhirnya melepaskan Xhaka setelah pemain itu menjadi pemain penting pasukannya pada masa itu.

Arteta kemudian berjaya mendapatkan Declan Rice untuk mengisi posisi bahagian tengah.

Xhaka akhirnya kembali semula ke Jerman seperti yang dia janjikan dengan Bayer Leverkusen. Xabi Alonso menjadi pengurus yang meyakinkan Xhaka bahawa dia akan menjadi serpihan puzzle penting di sana.

Ternyata ketika bersama Leverkusen dia benar benar menjadi nadi penting pasukan itu untuk meraih gelaran kejuaraan Bundesliga pertama mereka.

Leverkusen malah menamatkan saingan liga dengan status tanpa kalah dan hampir menamatkan musim dengan status treble, malangnya mereka kalah di tangan Atalanta pada final Europa League.

Xhaka berkata: “Bagi saya, langkah meninggalkan Arsenal bukannya satu langkah ke belakang, sebaliknya ia dua langkah ke hadapan.

“Sebab saya ada perasaan yang sama ketika berbincang dengan pengurus dan juga dengan Simon Rolfes, di mana kami merasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa bakal berlaku di sini dalam masa beberapa tahun ini.”

Xhaka sudah pun kembali cergas selepas mengalami kecederaan otot ketika Euro 2024.

Pemain itu sudah tak sabar untuk mempertahankan kejuaraan liga yang mereka menangi.