Selebriti terkenal, Yana Samsudin kesal dituduh netizen sebagai ‘back up’ Shuib dalam isu kebajikan pekerja.

Baru baru ini, Shuib terpalit kontroversi apabila salah seorang pekerjanya memuat naik surat layang menuduh Bubblebee tidak membayar caruman KWSP mereka kira kira setahun.

Baca Juga:

Shuib kemudian tampil membuat penjelasan bahawa memang ada tunggakan, namun tidaklah sampai setahun. Shuib mengesahkan tunggakan KWSP itu berlaku kerana salah urus oleh pengurusan lama sebelum ini.

Di mana pengurusan lama itu sudah digantikan dengan pengurusan baharu. Dan Shuib menjelaskan pengurusan baharu sedang mencari solusi termasuk berunding dengan KWSP untuk menyelesaikan perkara itu secara ansuran.

Ketika isu tengah panas, Yana Samsudin telah memberikan komen agar netizen tidak memperbesarkan isu itu. Ianya membuatkan dia dituduh telah menyebelahi rakan artisnya dan tak peduli nasib pekerja yang teraniaya.

Ada juga yang berkata: “Awak artis, awak kaya, bolehlah.”

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka sudah hilang rasa hormat kepada Yana Samsudin.

Yana menjelaskan bahawa, komennya telah disalah tafsir. Dia cuma mengajak netizen untuk menggunakan saluran yang betul. Yana menyatakan dia cuma mahu meneutralkan keadaan bukannya mengeruhkan lagi.

Namun dia kecewa kerana menjadi mangsa kecaman, ibarat dia menjadi tempat lepas geram mangsa mangsa lain yang mengalami nasib yang sama.

Bercakap kepada Mstar Online, Yana Samsudin berkata: “Ada orang cakap saya ni back up rakan artis dan tak peduli dengan pihak yang teraniaya. Sedangkan saya mengajak orang untuk menggunakan saluran yang betul.”

Yana mengingatkan orang ramai bahawa setiap institusi itu ada pegawai yang dilantik memiliki kepakaran mereka tersendiri dalam mengendalikan kes di bawah bidang kuasa mereka termasuk KWSP.

Aktres itu juga menjelaskan bahawa, KWSP diwujudkan untuk melindungi hak pekerja dan dia percaya dengan integriti pegawai yang dilantik.

“Memang saya ada kata jangan perbesarkan isu itu, namun saya ada beri cadangan di bahagian bawah komen. Bila orang baca atas, orang dah marah dah tak fikir yang kat bawah.”

“Saya ada cakap, buat aduan, lepas tu nanti ada pegawai datang. Jadi, saya cakap jangan risaulah, sebab benda tu mesti diorang akan ambil tindakan. Takkan diorang buat tak tau kan.”

“Akan ada siasatan berlaku dan pada akhir ayat tu saya mendoakan lagi agar masalah kedua dua pihak ini selesai.”

Yana Samsudin juga ingin netizen tahu, intonasi ayat dia ketika menaip itu adalah sangat santai dan bukannya emosi.