Hasrat Selangor untuk mendapatkan penyerang skuad kebangsaan Jordan, Yazan Al-Naimat tidak kesampaian apabila pemain itu sah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga Qatar.

Kelab yang dimaksudkan ialah Al-Arabi dimana mereka memuat naik gambar yang menunjukkan Yazan menyertai pasukan itu bagi mengisi barisan serangan pasukan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan pasukan Selangor selepas dua pemain Jordan di skuad Merah Kuning itu iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Ali Olwan memuat naik gambar Yazan di laman media sosial Instagram story milik mereka.

Sejak tiga musim kebelakangan ini, Selangor dibarisi oleh beberapa pemain dari Jordan bermula dengan Baha’ Abdel-Rahman dan Yazan Al-Arab pada musim 2022. Musim lalu, Noor dibawa masuk bagi memperkuatkan barisan tengah dan bagi saingan musim 2024-2025, juara 33 kali Piala Malaysia itu menandatangani Reziq Bani Hani dan Olwan.

Yazan Al-Naimat muncul sebagai salah satu pemain cemerlang dalam temasya Piala Asia 2023 dimana beliau membawa Jordan layak ke perlawanan akhir namun terpaksa akur tewas kepada pasukan tuan rumah iaitu Qatar.

Dalam temasya itu, Al-Naimat menjaringkan empat gol sekaligus berkongsi kedudukan ketiga dalam carta penjaring terbanyak bersama pemain Jepun iaitu Ayase Ueda.

Al-Arabi ketika ini menghuni tangga tercorot dalam saingan Liga Qatar dimana mereka masih gagal untuk mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan yang dihadapi dan hanya mampu meraih dua keputusan seri.

Arabi diperkuatkan oleh bekas pemain skuad kebangsaan Itali, Marco Verratti dan bekas pemain Paris Saint-Germain, Abdou Diallo.