Bagi peminat tegar kumpulan The Beatles dan LEGO, bergembiralah kerana LEGO akan mengeluarkan model kapal selam ‘Yellow Submarine’; kapal selam ikonik yang muncul pada kulit album kumpulan ini pada tahun 1969.

Kapal ini akan dibina menggunakan 550 keping legi dan 4 ahli The Beatles; John, Paul, George dan Ringo akan hadir bersama dengan pembelian model LEGO ini. Yeah! Bagi peminat tegar The Beatles, LEGO ini kena ada dalam koleksi anda.

Set LEGO Yellow Submarine ini akan berada di pasaran bulan November ini dengan harga USD60 (lebih kurang RM260). Harap-harap model ini sampai ke Malaysia. Dan video stop motion berkenaan kapal selam ini juga sangat cool! Lihat video LEGO Yellow Submarine ini di bawah.

lego-yellow-submarine-1

lego-yellow-submarine-2

lego-yellow-submarine-3