Setiap orang impikan untuk sehidup semati dengan pasangan yang dicintai. Bagaimanapun, kita hanya dapat mengetahuinya hanya selepas melalui fasa alam perkahwinan.

Baru-baru ini seorang pekerja di Sky View Puncak Gunung Jerai berkongsi rakaman video pasangan warga emas menikmati permandangan gunung tersebut.

Baca Juga:

Namun, video yang dirakam TikTok @__shaaaaa7 itu bukanlah setakat melihat permandangan biasa. Kedua-dua suami isteri itu mengabadikan kenangan mereka dengan menjerit sekuat hati di atas kawasan pergunungan tersebut.

Sejurus menjerit sekuat hati sebanyak tiga kali, kedua-duanya berpelukkan. Si isteri masih lagi menjerit dalam dakapan suaminya yang tercinta itu.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, ramai yang berasa sebak dan terharu apabila melihat kedua-dua menjerit sepuas hati.

Pada masa sama didapati ada warganet yang pernah berjumpa dengan pasangan itu di tempat lain. Mereka akui pasangan warga emas itu memang romantik — si suami memanggil isterinya dengan gelaran ‘bidadari’.

warga emas romantik
Sumber Gambar: TikTok @__shaaaaa7
Sumber Gambar: TikTok @__shaaaaa7
Sumber Gambar: TikTok @__shaaaaa7
Sumber Gambar: TikTok @__shaaaaa7
Sumber Gambar: TikTok @__shaaaaa7

Orang ramai mendoakan kedua-dua pasangan itu dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur mereka.

Pada masa sama netizen juga berharap mereka dapat mencintai pasangan masing-masing sama seperti pasangan warga emas yang romantik itu.

Terima kasih pak cik-mak cik kerana buktikan cinta sejati itu masih wujud pada hari ini.

Hargailah pasangan kita sementara mereka masih ada — apabila mereka sudah tiada nanti, semuanya kekal jadi kenangan.

Jika anda ingin membawa pasangan ke tempat romantik pada hari hujung minggu sekitar Kuala Lumpur, mungkin boleh pertimbang untuk pergi ke salah satu 10 lokasi ini.