Dari Isnin ke Jumaat, hari-hari kena menghadap traffic jam, kejar deadline yang tak pernah habis, sampai mata pun dah berpinar tengok skrin laptop. Bila dah sampai petang Jumaat, badan mula rasa lemau dan otak pula dah makin tepu. Nak ambil annual leave semata-mata untuk pergi bercuti? Kadang-kadang rasa sayang pula nak habiskan baki cuti yang ada.

Hakikatnya, ramai yang bergelut dengan komitmen dan cuma perlukan satu quick weekend escape untuk reset minda. Tak payah fly jauh atau keluar bajet beribu-ribu pun. Cukup sekadar pusing kunci, isi minyak sampai penuh dan ajak geng atau pasangan untuk layan roadtrip santai 2 hari 1 malam.

Hujung minggu ini, jom tengok 4 destinasi hidden gem dalam negara yang anda boleh redah tanpa perlu usik cuti kerja langsung!

Baca juga: Gaji RM4K Tapi Beli Sedan Import. Kenapa Lelaki Malaysia Sukar ‘Move On’ Daripada Prestij Automotif?

1. Alam & Kedamaian: Gunung Jerai & Yan, Kedah

  • Highlights: Menuju ke puncak Gunung Jerai bagi merasai hembusan angin sejuk, menikmati kopi sambil melayan pemandangan Selat Melaka, serta bergambar di tengah sawah padi sekitar Yan.
  • Aktiviti: Layan momen sunset di Pantai Murni, pekena hidangan Mee Udang yang tular dan borak santai bersama kawan-kawan hingga larut malam.
  • Pro-Tip Vocket: Mulakan perjalanan dari Lembah Klang seawal jam 5:30 pagi (sekitar 5 jam pemanduan). Korang akan tiba tepat pada waktunya untuk melunaskan nafsu makan dengan sajian gulai kawah Kedah yang padu!

2. Sungai & Camping: Hulu Selangor (Kuala Kubu Bharu – Rasa)

@port.rahsia camping yuk✌ #campsiteselangor #sungai #healing #semiwildcampsite #portrahsiacampsite ♬ original sound – Port Rahsia Campsite

Malas nak drive jauh tapi teringin nak layan vibe outdoor? Daerah Hulu Selangor ini ada haluan pendek yang cukup padu, dibaluti hutan lipur dan air sungai yang masih crystal clear.

  • Highlights: Lokasi perkhemahan yang mesra beginner di sekitar Sungai Pertak atau kawasan Sungai Selangor, udara malam yang menggigit tulang, serta bunyi arus air yang sangat menenangkan jiwa.
  • Aktiviti: Pacak khemah, layan BBQ bersama geng, terjun sungai pagi Ahad dan hiking santai di sekitar Bukit Kubu.
  • Pro-Tip Vocket: Jangan lupa bawa portable stove dan kerusi healing. Momen lepak tepi sungai akan jadi lebih perfect kalau anda layan kopi panas yang dibancuh sendiri di sana!

Pemandangan Pesisir Pantai & Foodie: Haluan Selangor ke Perak

@daruslantak Makan seafood tepi bendang siap ada spot spot OOTD yang cantik cantik ! Yang balik beraya dekat sekinchan ni boleh check in dekat sini juga. Lokasi : @Villa Chee Sekinchan / @Restoran Searood D’Bendang ♬ original sound – Daruslantak

Buat anda yang dambakan driving experience yang santai sambil menikmati bayu laut dan memburu juadah padu, laluan dari Klang/Kapar merentasi Kuala Selangor dan Sekinchan hingga ke Teluk Intan adalah pilihan paling best.

  • Highlights: Menelusuri jalan persekutuan yang mendamaikan, hamparan bendang padi yang menghijau luas di Sekinchan, serta panorama pantai yang memukau sepanjang perjalanan.
  • Aktiviti: Layan scenic drive yang tenang, buat pit-stop untuk bergambar di tengah sawah dan nikmati hidangan seafood segar yang jauh lebih murah berbanding di bandar.
  • Pro-Tip Vocket: Pastikan anda bawa cash yang cukup kerana kebanyakan warung atau gerai tepi jalan di sini belum semuanya menyediakan kemudahan bayaran tanpa tunai.

4. Santai Bandar Warisan: Muar & Batu Pahat, Johor

@najah.mahdir Port Sarap Klasik di Muar ☕️ #fyp #muar #muarfoodies #kopialsaeed #muarfoodie ♬ Po pok bujang lapok – Tan Sri P. Ramlee

Jika anda sukakan vibe pekan lama yang tenang sambil memburu port makan yang legend, haluan ke Selatan ini memang jawapan paling tepat untuk healing.

  • Highlights: Menghayati keunikan bangunan kolonial yang masih utuh, singgah ke kopitiam klasik yang penuh nostalgia, serta meneroka seni mural kreatif di celah dinding bangunan lama.
  • Aktiviti: Nikmati Mi Bandung Muar yang asli, buat cafe-hopping di kedai kopi tempatan dan nikmati hembusan angin laut petang hari di Tanjung Emas.
  • Pro-Tip Vocket: Cari boutique homestay atau rumah kediaman lama yang diubah suai untuk rasa pengalaman bermalam yang lebih bermakna dan aesthetic.

Ringkasan Bajet & Masa

Destinasi Vibe Utama Estimasi Masa Pandu (Dari KL) Anggaran Bajet (Per Pax)
Lembah Jerai, Kedah Santai & Sejuk ~4.5 – 5 jam RM180 – RM250
Hulu Selangor Outdoor & BBQ ~1.5 jam RM100 – RM150
Pesisir Selangor – Perak Scenic & Foodie ~2.5 – 3 jam RM120 – RM200
Muar – Batu Pahat Kopi & Bandar Warisan ~2.5 jam RM150 – RM220

Checklist Sebelum ‘Roadtrip’

Sebelum anda hidupkan enjin Sabtu pagi nanti, pastikan beberapa perkara asas ini dah settle:

  • Semak Kenderaan: Angin tayar, paras minyak enjin, dan baki Touch ‘n Go/RFID wajib mencukupi.
  • Rancang Waktu Pulang: Ahad petang bertolak balik sebelum jam 3:30 petang untuk elak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas menuju ke ibu kota.
  • Playlist Padu: Sediakan senarai lagu roadtrip terbaik supaya perjalanan anda tak terasa hambar.

Rehat dan reset minda tak semestinya kena tunggu cuti panjang atau flight ticket murah. Cukup sekadar perancangan ringkas 2 hari 1 malam, anda dah boleh balik kerja hari Isnin dengan energy baharu.