Setiap kali singgah stesen minyak atau lalu kawasan parkir tempat makan, semakin ramai anak muda memandu sedan import bernombor plat baharu. Kereta sentiasa berkilat, rim sukan saiz 18 inci, tayar nipis profil rendah.
Bila tengok pemandunya, majoriti di usia lewat 20-an atau awal 30-an. Penampilan pula dijaga rapi lengkap dengan pakaian lelaki moden yang melambangkan imej masa kini.
Sejujurnya, tiada siapa boleh nafikan perasaan bila pertama kali pegang kunci kereta impian. Sebaik keluar dari showroom, ibarat segala penat lelah kerja keras bertahun-tahun akhirnya terbayar.
Tapi di sebalik gambar tersenyum pegang mock-key di Instagram, ada satu realiti senyap yang ramai lelaki pilih untuk pendam sendiri.
Baca juga: “Ingat Workout Perempuan Je?” – 5 Sebab Kena Cuba Pilates Kalau Selalu Sakit Pinggang
Bila “beli boleh” bertembung dengan “bela belum tentu”

Bayangkan situasi gaji bersih sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan. Bila apply pinjaman bank untuk sedan import berharga RM130,000 ke RM140,000, komitmen ansuran bulanan biasanya jatuh sekitar RM1,300 ke RM1,500 untuk tempoh 9 tahun.
Sekali pandang, macam lepas. “Alah, tolak ansuran ada lagi RM2,500. Cukup sangat nak hidup.”
Tapi ramai terlepas pandang satu benda, kereta bukan sekadar ansuran bulanan.
Bila masuk tahun kedua dan seterusnya, “kos tersembunyi” mula mengetuk pintu tanpa bagi salam:
- Insurans & cukai jalan: Bila NCD masih rendah atau sifar, persiapkan bajet RM2,800 hingga RM3,500 setahun.
- Tukar tayar: Rim 17 atau 18 inci bukannya pakai tayar RM180 sebiji. Bila sampai masa kena tukar empat-empat biji, bil boleh mencecah RM2,000 hingga RM3,200.
- Servis & wear and tear: Minyak enjin fully synthetic, cecair transmisi CVT/DCT, pad brek dan spark plug iridium semuanya datang dengan harga pakej jenama import.
Bila semua kos ini bertimbun dalam bulan yang sama, ada yang mula rasa sesak. Akibatnya, ada yang sanggup catu perbelanjaan harian atau mengurangkan percutian bajet dengan tempahan hotel murah semata-mata nak tutup ‘lubang’ kewangan automotif.
Kereta dan ego: Kenapa susah nak melepaskan?

Bagi majoriti lelaki di Malaysia, kereta bukan sekadar jentera untuk bergerak dari point A ke point B. Kereta ialah simbol pencapaian. Ia melambangkan kedudukan sosial, tahap kejayaan dalam kerjaya, daripada gaya pakaian smart casual harian hingga ke pilihan kenderaan yang dipandu.
Ditambah pula dengan feed media sosial yang sentiasa menyajikan kandungan car meet, vlogger automotif dan gaya hidup kembara mencari tiket penerbangan promosi untuk percutian self-reward, tekanan halus itu sentiasa ada.
Kita disogokkan dengan naratif bahawa umur 28 hingga 35 tahun ialah zaman kemuncak untuk “menikmati hidup”. Tapi, jarang yang tunjuk akaun simpanan kecemasan yang licin sebab nak tanggung besi empat roda.
Pengiraan mudah realiti 3 tahun pertama
Cuba kita bandingkan dua senario kewangan secara ringkas untuk tempoh 3 tahun:
| Perkara | Sedan Tempatan / Terpakai | Sedan Import Baru |
| Ansuran Bulanan | ~RM600 | ~RM1,400 |
| Set Tayar (4 Biji) | ~RM900 | ~RM2,600 |
| Insurans (Setahun) | ~RM1,300 | ~RM3,200 |
| Baki Tunai Bebas Bulanan | Lebih tinggi untuk simpanan dan pelaburan | Sangat terhad |
Perbezaan RM800 sebulan pada ansuran sebenarnya kalau dimasukkan dalam ASB, Unit Amanah atau simpanan deposit rumah, dalam masa 5 tahun nilainya boleh mencecah lebih RM50,000 termasuk dividen terkumpul.
Jadi, salahkah beli kereta impian masa muda?
Langsung tak salah. Duit tu duit anda, hasil titik peluh anda sendiri.
Cuma, cara menguruskan keutamaan yang menentukan sama ada kereta tu jadi kebanggaan atau beban mental harian.
Antara formula yang sering dikongsi pakar kewangan ialah Rule 20/4/10 — sediakan 20% wang muka, tempoh pinjaman tidak lebih 4 tahun dan jumlah ansuran serta kos operasi kereta tidak melebihi 10% hingga 15% daripada pendapatan bulanan.
Atau jika mahu lebih bijak, sasarkan unit pre-owned yang baharu berumur 2 hingga 3 tahun. Lengkung susut nilai terbesarnya sudah ditanggung oleh pemilik pertama, tapi anda masih dapat menikmati pemanduan kereta import pada harga jauh lebih munasabah.
Pada akhirnya, gaya di jalan raya memang best. Tapi perasaan tidur nyenyak setiap malam tanpa risau baki akaun bank hancur bila kereta tiba-tiba rosak itu kepuasan sebenar yang tiada ganti.