Netizen terkejut dengan perkongsian oleh Zahnita Wilson di ruangan Instagram. Di mana dia memuat naik gambar matanya lebam dan bengkak teruk.

Menurut Zahnita dia adalah mangsa keganasan rumah tangga. Dan itulah sebabnya dia sudah lama meninggalkan rumahnya.

Dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak sanggup menjadi mangsa kepada suami kaki pukul. Zahnita juga menegaskan dia seringkali memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan keadaan matanya.

Ini selepas ada beberapa peminat dan rakannya kerapkali mempersoalkan kenapa dia selalu memakai kaca mata hitam.

Namun mereka tidak pernah menyangka pelakon dan model itu sebenarnya menjadi mangsa penderaan dan keganasan rumah tangga,

Dia menulis: “Saya [sebenarnya] tidak mahu buat begini namun terpaksa. Ini adalah sebab saya meninggalkan rumah lama dan sebab saya memakai kaca mata hitam.

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat Zahnita mendoakan yang terbaik buat pelakon itu. Dan berharap dia mendapatkan keadilan sebaiknya.

Salah seorang peminatnya berkata: “Perasan dari dulu something happened to you.. You look sad and hurt. Pernah melaluinya satu ketika dulu. Tapi saya berjaya keluar dari kehidupan itu. Saya doakan dipermudahkan urusan awak. Ingat, true love doesn’t hurt.”

Seorang lagi berkata: “You deserve better life Zahnita. Ramai support system yang positive ada dengan you sekarang.

“All your fans. Your customer semua akan bantu you. Jangan musnahkan diri demi lelaki yang tak menghargai. Terus bangkit. Cari kebahagian diri dan anak-anak. Kekal kuat, berpisah tak semestinya putus hubungan ayah dan anak-anak.

“Cari cahaya diri kembali. Hidup ini singkat untku terus biarkan diri dianiaya.”