Sebelum ini suami Zahnita Wilson mendakwa bahawa pelakon wanita itu sebenarnya kaki pukul.
Suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor mendakwa pernah di-muay thai oleh Zahnita dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh isterinya itu.
Zahnita, mengaku dia pernah belajar muay thai, namun dia tidak pernah sesekali menggunakan jurus itu untuk mendera suaminya.
Sebaliknya dia belajar muay thai-nya untuk mempertahankan diri.
Zahnita menafikan semua tuduhan dibuat suaminya ke atasnya yang menuduh dia adalah kaki pukul.
Zackery yang memberitahu bahawa dia mangsa kelakuan ganas Zahnita dan menafikan sama sekali dia pernah memukul isterinya.
Ini selepas Zahnita baru baru ini memuat naik gambar matanya lebam mendakwa kerana didera suaminya.
Zahnita Dedahkan Dia Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Mata Lebam Dipukul Suami
Zackery menegaskan pasangan itu memang ada bergaduh selepas Zahnita menyewa rumah di luar tanpa pengetahuannya.
Zahnita kemudian menyatakan dia kecewa dengan tuduhan suaminya bahawa dia seorang kaki pukul dan salah guna muay thai yang dia pelajari.
“Ya, saya belajar muay thai dari 2006 lagi. Namun untuk tujuan mempertahankan diri. Saya menafikan kesemua tuduhan tersebut, saya tak pernah pukul suami saya,” tegas Zahnita kepada portal Kosmo.
Zahnita menjelaskan lagi bahawa, dia menyewa sebuah rumah di luar sana untu tujuan perniagaan sejak awal 2024 lalu.
Pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah selepas dia berkongsi gambar mata lebam dalam Instagram sebelum itu.
Dia mendakwa sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Laporan polis juga dibuat yang membuatkan Zackery ditahan untuk siasatan.
Abdul Zackery menafikan kesemua tuduhan ke atasnya. Dan ini merupakan bukan kali pertama Zahnita mohon cerai. Dia pernah memohon cerai pada 2013.