Zinedine Zidane dilaporkan sudah menyatakan persetujuan secara lisan untuk membimbing skuad kebangsaan Perancis selepas berakhirnya saingan Piala Dunia 2026.

Ia merupakan penampilan buat pertama kali Zidane dalam kejurulatihan selepas beliau berehat hampir lima tahun.

Beliau sebelum ini pernah membimbing Real Madrid iaitu pada 4 Januari 2016 hingga 30 Jun 2018 dalam fasa pertamanya. Selepas itu, beliau kembali mengemudi Los Blancos pada 11 Mac 2019 hingga 30 Jun 2021.

Zidane
Kredit Foto: Ibrahim Ezzat / NurPhoto via AFP

Sepanjang tempoh tersebut, pemain kelahiran Algeria tersebut telah menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak tiga kali berturut-turut (2015/16, 2016/17 dan 2017/18).

Perkembangan tersebut disahkan wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano dalam satu video dimuat naik dalam saluran Youtube miliknya.

Keputusan Zinedine Zidane

“Persetujuan secara lisan antara dirinya dan Persekutuan Bola Sepak Perancis untuk Zinedine Zidane menjadi pengurus baharu skuad kebangsaan Perancis selepas Piala Dunia.”

“Jadi, fokus sepenuhnya kini adalah kepada Piala Dunia di bawah kendalian Didier Deschamps. Rasa hormat yang besar kepada Persekutuan Bola Sepak Perancis, para pemain Perancis dan Didier Deschamps.”

Zinedine Zidane Nyatakan Persetujuan Lisan Mahu Bimbing Perancis
French Former footballer Zinedine Zidane , his sons Theo Zidane (L), Enzo Zidane and his wife Veronique Zidane attend the Africa Cup of Nations (CAN) quarter-final football match between Algeria and Nigeria at the Grand stadium in Marrakesh on January 10, 2026. (Photo by SEBASTIEN BOZON / AFP)

“Selepas Piala Dunia, Zinedine Zidane dijangka akan kembali. Sekali lagi, ini hanyalah persetujuan secara lisan… apa sahaja boleh berlaku,” tambah Romano lagi.

Perkara ini nyata bukanlah satu rahsia kerana legenda itu juga sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bergelar pengurus skuad kebangsaan Perancis pada satu hari nanti.

Kontrak Deschamps bersama Perancis juga akan berakhir selepas kejohanan di Amerika Selatan, Kanada dan Mexico itu.