Zinedine Zidane mencetuskan semula keterujaan mengenai kemungkinan kemunculan semula beliau sebagai pengurus selepas menyatakan bahawa ‘kepulangannya akan berlaku tidak lama lagi’.

Bekas pengendali Real Madrid itu tidak melatih mana-mana pasukan sejak 2021, namun dengan Didier Deschamps dijangka meninggalkan jawatan sebagai jurulatih Perancis selepas Piala Dunia 2026, spekulasi kini semakin hangat.

Baca Juga:

Kenyataan Zidane pada beberapa acara terbaru juga memberi bayangan bahawa penantian untuk melihat beliau kembali bertugas mungkin hampir berakhir.

Ketika menghadiri sebuah acara amal di Toulon, pemenang Piala Dunia 1998 itu sekali lagi ditanya tentang perancangannya untuk kembali mengurus pasukan.

Jawapan yang diberikan ringkas tetapi penuh makna: “Ia akan berlaku tidak lama lagi. Sangat tidak lama lagi,” ujar Zidane menurut sumber laporan Goal.

Perancis Jadi Keutamaan Zidane

Perancis sudah pasti menjadi keutamaan buatnya kerana beliau bukanlah seorang pengurus yang suka-suka hati menerima tawaran diberikan kepadanya.

Pada November tahun lalu, barisan pemain Perancis juga dikatakan mahukan legenda pemenang Piala Dunia 1998 itu supaya mengemudi pasukan susulan rasa ketidakpuasan hati terhadap Deschamps.

Dengan kenyataan ringkas terbaharu dikeluarkan, berkemungkinan beliau akan mula menggalas tanggungjawab tersebut sebaik sahaja tamat Piala Dunia 2016 di tiga negara Amerika Utara itu.

Selepas mengumumkan persaraannya, Zidane hanya pernah membimbing Real Madrid iaitu pada 4 Januari 2016 hingga 30 Jun 2018 dalam fasa pertamanya.

Selepas itu, beliau kembali membimbing Los Blancos pada 11 Mac 2019 hingga 30 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, pemain kelahiran Algeria tersebut telah menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak tiga kali berturut-turut (2015/16, 2016/17 dan 2017/18).

Sumber