Selepas meninggalkan Real Madrid pada 30 Jun 2021, Zinedine Yazid Zidane masih belum mempunyai pasukan baharu untuk dibimbing olehnya dalam saingan kompetitif.

Pemenang empat trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebagai pemain dan pengurus itu pada ketika ini dikaitkan dengan jawatan di skuad kebangsaan Perancis bagi menggantikan Didier Deschamps selepas tamat Piala Dunia 2026 nanti.

Baca Juga:

Namun, masih berbaki kira-kira lebih setahun untuk menceritakan tentang perkara tersebut dan kini beliau mempunyai perancangan lebih rapi dalam menguruskan portfolio pelaburannya dalam bidang sukan.

Bisnes Diceburi Zinedine Zidane?

Bukan bola sepak tetapi Zidane melabur dalam membuka sebuah pusat sukan yang dilengkapi 13 gelanggang padel, dua padang untuk bola sepak lima sebelah (futsal) dan satu gelanggang bola tampar pantai.

Zinedine Zidane
Antara Z5 Padel yang sudah beroperasi. Kredit Foto: Z5 Padel

Menurut sumber laporan The Pedal Paper, kompleks pedal besar yang dibina di Toulouges, sebuah bandar di Pyrénées-Orientale, terletak kira-kira 30km ke utara sempadan Perancis-Spanyol.

Berdekatan dengan Sepanyol dikatakan menjadi sebab utama mengapa bandar tersebut menjadi pilihan Zidane untuk meluaskan lagi jaringan perniagannya dalam bidang tersebut.

Toulouges menjadi lokasi keempat buat Zidane dimana sebelum ini beliau sudah membuka cawangan Z5 Padel di Aix-en-Provence, Istres dan Turin (Itali).

Proses pembinaan bagi pelaburan bernilai kira-kira €5 juta itu bakal bermula pada awal tahun 2026.

Zinedine Zidane
Kredit Foto: Z5 Padel

Selain perniagaan tersebut, Zinedine Zidane juga merupakan pemegang saham bagi pasukan saingan Ligue 2, Rodez Aveyron FC.

Selepas mengharungi 24 perlawanan liga, Rodez menghuni tangga ke-13 hasil tujuh kemenangan, enam keputusan seri dan 11 kekalahan untuk mengumpul 27 mata.