Pelakon dan usahawan, serta influencer, Zoey Rahman dituduh mengeksploitasi dan memainkan perasaan orang kelainan upaya atau OKU, Mass Factor.

Zoey dikatakan sengaja menjadikan orang OKU sebagai bahan konten dan pada masa yang sama mahu mempromosikan produknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Zoey seringkali memuat naik konten ‘sweet sweet’ dengan Mass Factor.

Dalam satu video terbaru, Zoey dilihat sedang memujuk Mass Factor termasuk memberikan gimik mahu mengelap air mata wanita OKU itu.

Netizen mulai menegur pelakon itu. Kerana menurut mereka, Zoey Rahman sebenarnya sedang bermain dengan perasaan Mass  Factor dan boleh membuatkan wanita OKU itu salah sangka.

@heyitsfatam

Korang stay sampai habis ke episode 8 malam smlm ? 🤣🤣🤣 @Zoeyrahman @Mass Factorz 🫶🏻🫶🏻 #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Walaupun ramai yang terhibur dengan gelagat Zoey dan Mass. Mereka menganggap Zoey dan Mass sebagai gandingan yang comel.

Namun ada yang kurang senang dengan layanan Zoey yang terlalu baik itu akan membuatka wanita OKU itu benar benar jatuh cinta.

Namun begitu Zoey menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat mengeksploitasi akan mempermainkan perasan seorang OKU.

Zoey berkata: “Saya tak pernah beniat untuk buat marketing prodik dengan mempergunakan Mass. Saya seringkali tengok TikTok dia sebelum ini dan mendapat tahu dia suka bersolek.

“Jadi saya hanya mahu menyokong hobinya sahaja.”

Zoey kemudian mendedahkan, pihaknya sudah menghantar alat solek kepada Mass, bukan sahaja jenama Zoey sendiri malah jenama lain yang boleh menyokong Mass lagi.

Zoey Rahman sebelum ini sudah memberitahu Mass agar wanita itu jangan terlalu melayan perasaan kerana mereka berdua baru sahaja kenal.

“Selepas dia meluahkan perasaan mahu menjadi lebih sekadar kawan, saya sudah cakap kepada dia supaya tidak terburu buru sebab kami baru kenal.

@zoeyrahman

♬ original sound – 민윤기 여자친구 – SUGA wife 민윤기 여자친구🇲🇨🇸🇬

“Ramai kecam saya anggap saya permainkan dia. Timbul pula golongan menyokong Mass. Bagi saya perkara ini tidak bagus. Kalau mereka [netizen] mengikuti kami dari awal, mereka akan faham hiburan yang kami sampaikan,” tegas Zoey seperti dilaporkan Mstar Online.

Dalam pada itu, Zoey memberitahu sumber yang sama dia merancang mahu berjumpa Mass pada Mac nanti dalam satu acara. Di mana Zoey terharu apabila mendapat tahu Mass mahu menghadiahkannya lukisan.

“Walaupun dia tak sempurna fizikal namun dia ada bakat berbeza, dia boleh menyanyi, berlakon dan melukis wajah saya. Dia mahu hadiahkan lukisan itu kepada saya apabila kami berjumpa nanti,” tambah Zoey lagi yang sudah tak sabar mahu berjumpa Mass.