Zurich Malaysia pada hari ini mengumumkan kempen jenama baharunya ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ bagi mengukuhkan komitmennya untuk membina masa depan yang lebih cerah melalui impak positif.

Kempen jenama ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ merangkumi pelbagai inisiatif yang memberi impak yang mengukuhkan komitmen Zurich Malaysia atas dasar tanggungjawab terhadap perkara yang benar-benar penting.

Selain daripada filem kempen jenama, inisiatif utama lain adalah ‘Karnival Kita OK!’ yang bakal berlangsung hujung minggu dari 22 hingga 24 September di Pasar Seni. Acara ini menawarkan pelbagai bengkel dan gerai, yang terdiri daripada para penjual dan organisasi tempatan, termasuk pakaian, aksesori, makanan, dan lain-lain.

Acara ini mencerminkan dedikasi mereka yang saling membantu satu sama lain dan menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah bersama-sama.

Pengunjung Karnival Kita OK! turut berpeluang melihat pameran gambar ‘Zurich Cares’, sebuah projek pemuliharaan dan pemulihan hutan oleh Zurich Malaysia yang terlibat secara aktif untuk melindungi spesies-spesies pokok terancam di Merisuli, Sabah serta menyelamatkan mereka daripada kepupusan.

Kredit gambar: Zurich Malaysia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho, mereka sangat yakin tindakan kami hari ini akan membuka masa depan yang lebih cerah.

Kempen jenama ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ merupakan lanjutan daripada usaha berterusan kami untuk menyokong dan menjaga rakyat daripada segenap lapisan masyarakat.

Program Daya Tahan Iklim Bandar

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap bumi ini, Zurich Malaysia turut mengumumkan pelancaran ‘Program Daya Tahan Iklim Bandar’ dan memperkenalkan pihak yang berkongsi matlamat bersama untuk menangani isu iklim dan membina daya tahan iklim dalam komuniti bandar.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan Program Daya Tahan Iklim Bandar di Malaysia dan mengumumkan satu kerjasama sepanjang tiga tahun yang selaras dengan cita-cita kemampanan Zurich serta teras kempen jenama kami.

Melalui kerjasama langsung dengan Yayasan Z Zurich dan rakan-rakan kongsi global yang dilantik, C40 Cities Climate Leadership Group (C40) bakal bergabung tenaga dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), manakala Resilient Cities Network (R-Cities) akan berganding tangan dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).” ulas Cho.

Menurut Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur Kuala Lumpur semakin menghadapi kesan buruk akibat panas melampau dan banjir yang semakin kerap.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan, saya menyedari pentingnya DBKL bertindak segera bagi memastikan hari esok yang lebih selamat dan berdaya tahan, terutamanya bagi penduduk yang paling terdedah.

Selaras dengan ini serta semangat Malaysia Madani, DBKL berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan C40 dan Yayasan Z Zurich untuk mengukuhkan lagi daya tahan iklim bandar kami melalui Program Daya Tahan Iklim Bandar, yang akan dilaksanakan dengan penglibatan komuniti yang mendalam di kawasan kejiranan terpilih dalam bandar kami.”

Untuk maklumat lanjut tentang kempen jenama #LindungiSegalaPerkaraYangBermakna serta pendekatan holistik Zurich Malaysia dalam membina hari esok yang lebih cerah bersama-sama, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan Insurans dan Takaful Zurich Malaysia yang terkini, sila layari laman rasmi Zurich.