Adakah anda belum mempunyai insurans/takaful? Baik untuk diri sendiri, mahupun keluarga? Atau ada yang masih ragu-ragu mahu ambil insurans dari syarikat mana. Jangan risau, kami ada solusi untuk anda.

Anda pasti pernah dengar mengenai jenama insurans dan takaful Zurich yang sudah bertapak lama di Malaysia. Tahukah anda bahawa Zurich Malaysia adalah syarikat insurans dan takaful yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. Zurich Takaful adalah antara 5 operator terbaik dalam industri Takaful dan Insurans berdasarkan Kajian Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) 2022, sejajar dengan tagline mereka Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna.

Zurich Malaysia bukan sahaja melindungi anda, tetapi ia juga melindungi keluarga, kesihatan, kenderaan, perniagaan, simpanan serta pelaburan anda.

Sertai peraduan dan menangi hadiah keseluruhan bernilai RM50,000

Tahukah anda bermula 12 Oktober 2023, Zurich Malaysia telah memperkenalkan kempen Add To Care.

Dalam kempen ini, Zurich Malaysia mahu menawarkan tawaran menarik seperti pulangan tunai dan diskaun sehingga 10% untuk setiap pendaftaran baru bagi produk yang ditawarkan Zurich Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelanggan Zurich juga boleh menyertai Peraduan Kongsi & Menang bagi merebut hadiah wang tunai bulanan sebanyak RM2,000 atau jika anda bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai sehingga RM50,000.

Cara-caranya mudah sahaja:

PERADUAN SHARE & MENANG

[LANGKAH 1] Layari zurich.com.my/CareForWhatMatters dan kongsikan perkara paling penting bagi anda dalam satu ayat.

[LANGKAH 2] Tag Zurich Malaysia beserta #CareForWhatMatters dan kongsikan penyertaan di Facebook anda.

Inisiatif ini merupakan dedikasi Zurich Malaysia bagi memastikan kehidupan anda bukan sahaja terjaga, tetapi anda juga mendapat manfaat setelah menjadi sebahagian daripada keluarga Zurich Malaysia.

Sertai sekarang! Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web Zurich Malaysia.