Malaysia menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong dari China pada tahun 2024, dengan jumlah ketibaan mencapai 1,449,711 orang setakat Jun, lapor The Star.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 190.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023, yang mencatatkan 498,540 ketibaan, menurut laporan dari Tourism Malaysia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Lonjakan ketibaan pelancong ini sebahagian besarnya didorong oleh program melancong tanpa visa untuk rakyat China, yang berkuat kuasa dari 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2026.

Langkah ini bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong yang masuk, tetapi juga merancakkan jumlah pertanyaan dan tempahan ke Malaysia dari negara Tembok Besar itu.

Langkah ini telah memberi impak positif terhadap industri pelancongan Malaysia.

Pelancong dari China, yang kini merupakan antara kumpulan pelancong terbesar ke negara ini, semakin tertarik untuk melancong ke Malaysia berikutan kemudahan dan akses yang lebih mudah.

Selain daripada tarikan bandar dan alam semulajadi, pelancong China juga sering memuji Malaysia kerana kepelbagaian budaya dan kepelbagaian makanan yang ditawarkan.

Dengan penerbangan terus dari bandar-bandar utama di China seperti Guiyang, pelancong kini boleh menikmati pelbagai pengalaman di Malaysia.