Pada hari ini penggunaan kod QR sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai.
Dengan satu kod QR, ia memudahkan orang ramai untuk membuat pembayaran digital, pelepasan imigresen, pendidikan, pelancongan dan pelbagai lagi.
Baca Juga:
- Individu Tegur Sikap Ibu Bapa Selamba ‘Spam’ Kod QR Minta Duit Raya Untuk Anak
- Pemilik Kafe Terkejut Temui Kod QR Palsu Ditampal Di Kaunter
- Lelaki Tular Palsukan Kod QR Peti Tabung Masjid Berjaya Ditahan Pihak Polis
Menerusi satu laporan yang dikongsikan Datareportal, Malaysia merupakan negara kedua tertinggi (66%) menggunakan kod QR, hanya kurang 1% daripada China yang berada di tangga teratas.
Kajian itu dibuat berdasarkan pengguna internet berusia 16 tahun ke atas yang mengimbas kod QR pada setiap bulan.

Thailand menduduki tempat ketiga dengan 61.5%, diikuti Argentina (61%), Brazil (60%), Vietnam (58%), Switzerland (57.7%), Taiwan (57.4%), Sweden (54.9%) dan Colombia (54.8%).
Dalam pada itu, penggunaan kod QR secara global meningkat sehingga 50.8% pada suku ketiga tahun 2024.
Daripada segi usia pula julat usia 35 tahun hingga 44 tahun yang paling ramai menggunakan kod QR.
Sebanyak 54.4% adalah pengguna wanita, sementara 53.3% adalah lelaki.