Bagi penggemar chicken tenders, hidangan ini memang ada pesonanya tersendiri. Kombinasi isi ayam yang lembut dan disaluti tepung memberikan sensasi rangup di luar dan juicy di dalam.
Sama ada anda gemarkan ayam goreng gaya Nashville yang pedas berempah, dicelup sos istimewa, atau dipanggang mesra diet, setiap restoran mempunyai cara tersendiri untuk menyajikan hidangan ini.
Jika anda sedang mencari port chicken tenders paling padu di Malaysia untuk sesi food hunting seterusnya, ini 10 lokasi pilihan yang wajib anda cuba!
1. FOWLBOYS

Bermula sebagai gerai kecil di Kuala Lumpur, FOWLBOYS kini dikenali dengan sajian ayam goreng gaya Nashville yang terkenal di kalangan penggemar makanan pedas.
Chicken tenders mereka legitly sedap dan hadir dalam beberapa pilihan hidangan. Jika anda mahukan sesuatu yang sedikit berbeza, cuba menu Chicken & Waffle. Ia menggabungkan tenders rangup bersama buttermilk waffle, fowl jam dan maple syrup.
Gabungan rasa savoury dengan sentuhan manis ini sesuai untuk anda yang suka mencuba sesuatu di luar menu ayam goreng biasa.
2. Pretty’s Hot Chicken

Jika anda mahu menguji tahap ketahanan terhadap makanan pedas, Pretty’s Hot Chicken adalah pilihan yang tepat. Di sini, chicken tenders tersedia dalam pelbagai pilihan tahap kepedasan daripada Original hingga Hell Hot
Datang dalam pilihan set 3 hingga 5 ketul isi ayam. Anda boleh pilih ikut selera dan bajet. Bagi penggemar ayam goreng ala ‘Nashville hot chicken’, ini antara port yang menarik untuk diterokai.
3. Hot Bird

Selain Pretty’s Hot Chicken, Hot Bird juga turut menawarkan sajian ayam goreng dengan pilihan tahap kepedasan yang boleh membuatkan sesi makan menjadi satu cabaran.
Antara pilihan utama pelanggan setia mereka ialah Jumbo Tenders. Menu ini sesuai untuk anda yang gemarkan potongan ayam yang lebih besar dan mengenyangkan.
Variasi rasa paling ekstrem di Hot Bird menggunakan Carolina Reaper, jadi anda mungkin mahu bermula dengan tahap yang lebih sederhana.
4. Slim Chickens

Bagi anda yang mahu mencuba jenama antarabangsa yang terkenal dengan hidangan chicken tenders, Slim Chickens perlu ada dalam senarai wajib cuba.
Jenama makanan fast-casual dari Amerika Syarikat ini membuat kemunculan sulung di Asia dengan membuka cawangan mereka di Malaysia pada April 2026. Menampilkan menu chicken tenders yang dimasak segar dengan pelbagai pilihan sos yang unik seperti Blue Cheese, Mango Herbanero, Garlic Parmesan, Buffalo, Cayenne Ranch dan banyak lagi. Memang padu!
5. PoP’s Eatery

Chicken tenders yang sedap tidak semestinya datang daripada restoran yang terkenal dengan menu ayam.
Di PoP’s Eatery, menu Chicken Tenders 6 Pcs dihasilkan menggunakan isi dada ayam yang diperap dalam buttermilk sebelum disalut dengan southern batter dan breadcrumbs.
Hidangan ini kemudiannya digoreng sehingga rangup dan disertakan bersama house-made honey mustard sauce. Rasa sedikit manis dan tangy daripada sos tersebut memberikan keseimbangan kepada salutan ayam yang savoury.
6. Nando’s

Anda lebih menggemari ayam yang dipanggang berbanding digoreng? Jangan risau, Nando’s ada tawarkan pilihan yang sedikit berbeza.
Di Nando’s anda boleh cuba menu Grilled Chicken Tenders. Ia merupakan potongan ayam tanpa tulang yang dipanggang dan boleh dinikmati bersama pilihan sos PERi-PERi.
Pilihan ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan hidangan chicken tenders tetapi tidak gemar salutan tepung yang tebal.
7. Texas Chicken

Bagi yang mahukan pilihan mudah dan familiar, Texas Chicken mempunyai menu 4 Pieces Tenders Combo yang disertakan bersama dipping sauce, pilihan side dan minuman.
Jika sukakan gabungan rasa manis dan sedikit pedas, anda cuba Habanero Honey Tenders.
8. 4Fingers Crispy Chicken

Siapa kata 4Fingers hanya terkenal dengan ayam gorengnya sahaja? anda tahu tak menu chicken tenders mereka juga tak menghampakan.
Kalau anda sukan sentuhan Asia dalam hidangan ayam yang biasanya anda boleh cuba chicken tenders mereka. Lagipun mereka ada menu Chicken Tenders Rice Box untuk mereka yang mahu pilihan makanan yang lebih mengenyangkan.
9. Carl’s Jr.

Walaupun lebih sinonim dengan burger, Carl’s Jr. turut mempunyai pilihan chicken tenders untuk mereka yang mahu sesuatu selain burger.
Menu chicken tenders mereka boleh dinikmati bersama pilihan side dan minuman, menjadikannya satu hidangan ringkas yang cukup mengenyangkan.
10. Mokky’s Pizza & Coffee

Untuk pilihan terakhir, kita beralih daripada restoran ayam kepada sebuah kafe yang mempunyai pelbagai hidangan makanan.
Mokky’s Pizza & Coffee menawarkan menu chicken tenders yang rangup, lembut dan juicy. Makan pula panas-panas. Memang layan.
Menariknya, anda boleh datang bersama kumpulan yang mempunyai selera berbeza. Ada yang boleh memilih pizza atau pasta, manakala penggemar ayam pula boleh menikmati chicken tenders.
Daripada senarai ini, jelas bahawa chicken tenders tidak semestinya hadir dalam satu gaya sahaja.
Ada yang mengutamakan salutan crispy, ada yang bermain dengan sos dan tahap kepedasan, manakala versi grilled pula sesuai untuk mereka yang mahukan tekstur ayam yang lebih ringan.