Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menyatakan 10,000 tiket MADANI sempena acara Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah habis terjual.

Menurut beliau, setakat ini tiada penambahan kuota untuk tiket berharga RM200 berkenaan. Namun pihaknya masih melihat sebarang kemungkinan untuk menyediakan tiket MADANI tambahan di lokasi yang bersesuaian, petik Harian Metro.

“Setakat ini belum ada penambahan dan tiket itu sudah terjual habis semuanya. Untuk tiket MADANI sahaja, sebanyak 10,000 tiket diperuntukkan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Pendaftaran Sukarelawan Rakan Muda sempena penganjuran F1 GP Bahrain di Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 85,000 tiket termasuk tiket MADANI sudah terjual. Jumlah itu termasuklah 27,000 daripadanya dalam tempahan.

Sumber