Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di blog Kisah Tatie, sebuah blog tentang lifestyle oleh seorang blogger sepenuh masa, Izzati. Beliau banyak menulis tentang travel dalam dan luar negara.

Terdapat persoalan yang diajukan kat aku, “Kat mana tempat makan best di Seremban?”. Susah sebenarnya nak jawab ni. Kalau kita asyik makan benda sama, tekak pun alah bisa tegal biasa. Sebab bagi aku, kalau first time makan sesuatu makanan tu, barulah ada aura. Barulah dapat bezakan best atau tak.

Tapi kan… Tapi kannnn.. ada je tempat makan best kat Seremban ni. Kira kalau femesla juga. Manalah tahu ada di antara korang yang plan nak turun Seremban, bolehlah singgah makan kat sini. Haaa, tapi jangan lupa roger aku bila korang datang Seremban. Haha.

Kat mana tempat makan best di Seremban? Aku bagi 14 tempat makan yang boleh korang singgah dan melantak di Seremban… Selamat menjamu selera.

1. Nasi Arab Damsyik

Kiranya ni paling wajib ko try kalau bila datang Seremban. Nasi Arab Damsyik ni famous. Kalau datang malam, sentiasa penuh. Bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik, haa.. memang terangkatlah bila makan kat sini. Sedap sangat nasi arab kat sini. Restoran Nasi Arab Damsyik ni terletak di Jalan Paroi-Senawang. Kalau sesat, tanya je orang. Semua orang Seremban mesti tahu restoran ni.

nasi-arab-damsyik

2. Gerai Rajab, Benteng Seremban

Kalau dah ada darah dari Bukit Tinggi Sumatera, memang tak boleh dipisahkan dengan Satay Minang ni. Merata tempat yang aku pergi kat Malaysia ni, kat Seremban ni juga yang paling sedap. Tak percaya trylah. Pak Rajab ni memang asal dari sana dan dah berniaga lama. Kini Gerai Rajab ni terletak di Benteng (tengah bandar) Seremban dan dibuka dari petang sampai malam.

gerai-rajab

3. Haji Shariff Cendol

Ini pun salah satu tempat makan yang bertahan lama di Seremban. Mempunyai pengaruhnya sendiri, Haji Shariff Cendol semakin berkembang dan mempunyai beberapa cawangan di daerah Seremban. Actually kalau korang nak tahu, ada perbezaan di antara cendol Negeri Sembilan dan cendol di negeri lain. Itupun aku baru tahu bila join trip Tourism Negeri Sembilan. Hahaha. Cendol di Negeri Sembilan ni diorang menggunakan gula enau atau gula kabung.

Selain dari Haji Shariff Cendol, ada lagi gerai-gerai cendol yang famous di Seremban seperti Cendol Kampung Jiboi dan Cendol Leman Dawi Senawang.

haji-shariff-cendol

4. Nasi Lemak Balai Polis

Walaupun aku rasa harganya makin lama, makin tak diterima dek akal, tetapi Nasi Lemak di Gerai Senyum Senyum Selalu (berhadapan dengan Balai Polis Seremban) ni mempunyai kelebihannnya yang tersendiri. Sambal sotong, ayam, pedal dan lain-lain selalu menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung kat sini. Aku salah seorang pelanggan setia dari dulu hingga kini.

Nasi Lemak Balai Polis (nama famous) ni pun antara yang dah lama wujud di Seremban dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Pengaruh kuat wei. Mahal-mahal pun, sodap bak kata orang nogori.

nasi-lemak-balai-polis

5. Starfresh Agropark, Jalan Bukit Putus

Ingat tak review aku beberapa bulan lepas pasal Starfresh Agropark? Walaupun Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni semakin sunyi sejak adanya highway baru, tetapi bagi pelanggan setia Starfresh Agropark itu bukan penghalang untuk datang ke sini.

Tambahan pula, suasana di sini berbeza dengan tempat lain dan selain dari makan, macam-macam benda boleh buat kat Starfresh Agropark ni. Haa, nak tahu apa .. kenalah baca entry aku yang lepas.

starfresh-agropark

6. Mee Kari Railway Seremban

Boleh katakan semua yang aku suggest ni kebanyakannya dah established lama termasuklah Restoran Mee Kari Railway Seremban ni. Kenapa nama dia mee kari railway? Suatu ketika dahulu lokasinya adalah berdekatan dengan Stesen Keretapi Seremban.

Sebuah gerai kecil kemudian berpindah ke Seremban 2. Mee Kari Railway Seremban ni tak kedekut ayam. Itulah yang menjadi tumpuan para pelanggan setianya saban hari.

mee-kari-railway-seremban

7. Warung Lempeng Limet, Senawang

Teringin nak makan lempeng di waktu malam tapi malas nak masak? Tak payah susah-susah. Jom ke Warung Lempeng Limet Senawang. Kat sini macam-macam ada. Ada cekodok, lempeng dan lain-lain lagi. Haa, kalau gatal tekak craving for lempeng malam-malam tu bolehlah ke sini.

warung-lempeng

8. Restoran Wadi Ar-Raudhah

Masakan panas, masakan panas. Tengahari kalau perut berkeroncong kelaparan, bolehlah singgah di Restoran Wadi Ar-Raudhah di Rahang. Restoran ni jadi tumpuan bila waktu tengahari sebab lauk pauk yang disajikan semuanya fresh dan pelbagai jenis lauk sampai rambang mata nak pilih.

Cuma, harganya aku rasa agak mahal sedikit berbanding kedai lain. Well, mahal-mahal pun tetap menjadi pilihan warga Seremban. Tak percaya?? Datanglah sini waktu tengahari. FULL babe!!

wadi-ar-raudhah

9. Restoran Nelayan Rahang

Sesekali kalau nak makan lain dari yang lain, datanglah Restoran Nelayan di Jalan Rahang. Bertentangan dengan Restoran Wadi Ar-Raudhah. Owner restoran ini adalah saudara aku. Memang dah lama restoran ni bertapak kat sini dan sering menjadi tumpuan penggemar-penggemar makanan eksotik. Kalau korang nak try daging landak, daging rusa dan lain-lain, bolehlah singgah sini.

restoran-nelayan-rahang

10. Gerai Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi

The best popia in Seremban of courssssssseeeee, Popia Paroi. Kalau time Ramadan, beratur panjang orang nak beli popia ni sebab sedap sangat. Kuah dia, perghhhh.. Kecur airliur! Lokasinya di luar Stadium Paroi. Tak payah susah-susah, rasanya penduduk Seremban tau lokasi Gerai Popia Kuala Kangsar ni. Tanya je diorang kalau sesat. Hehehe.

popia-paroi

11. Satay Tulang Jelebu, Senawang

Actually, selama aku duduk di Seremban, baru tahun ni aku tahu kewujudan Satay Tulang. Sumpah tak pernah dengar sebelum ni. Entah bagaimana rasanya, entah bagaimana bentuknya.. Tapi disebabkan tercabar tengok rakan-rakan blogger lain dah sampai sini, maka aku pun menjejakkan kaki ke Satay Tulang Jelebu yang terletak di Dataran Senawang ni.

SATAY TULANG??? DIPERBUAT DARI TULANG KE?? Dok eh, nama je tulang bukan tulang pun. Tapi ia dibuat dari lebihan ayam yang terletak di celah-celah tulang. Satay Tulang ni famous di daerah Jelebu dan ianya adalah perniagaan turun temurun lebih 60 tahun.

satay-tulang-jelebu

12. Restoran Hard Wood Cafe, Seremban 2

Mungkin korang boleh pertimbangkan juga untuk makan tengahari di Restoran Hard Wood Cafe Seremban 2. I repeat Hard Wood Cafe. Bukan Hard Rock Cafe. Kuikui. Restoran ni menyajikan lauk pauk kampung yang sedap. Suasananya pun lain dari yang lain. Berdekatan dengan Aeon Seremban 2, bolehlah pergi nanti.

hard-wood-cafe

13. Restoran City Park Oriental

Restoran City Park Oriental Seremban 2 ini adalah restoran favourite aku ni. Boleh katakan sebulan sekali harus makan sini. Restoran Chinese Muslim di Seremban 2 ni sentiasa padat dengan pelanggan lebih-lebih lagi public holiday. Semuanya laparkan makan sedap. Harganya pun boleh tahan. Antara yang aku suka kat sini mestilah butter prawn dia.

restoran-oriental-seremban

14. Burger Ijan Paroi

Dari Kuala Lumpur, ia berpindah ke Seremban pada tahun 1995. Burger Ijan ni sentiasa menjadi pilihan warga Seremban yang mahukan hidangan burger yang sedap. Aku sentiasa mempunyai masalah kalau makan burger jalanan ni. Kurang sayurlah, kurang soslah, burger mentahlah. Nasiblah burger Ijan ni sempurna dari segi rupa dan rasa.

Burger Ijan ni tak kedekut sos dan tak kedekut sayur. Maka tak hairanlah perniagaannya berkembang dari sebuah gerai di tepi jalan kemudian beralih di sebuah tapak (bersebelahan dengan Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya). Pelanggan-pelanggannya bukanlah dari Seremban je, ada yang sanggup datang dari Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata nak makan burger Ijan ni. Wow!!

burger-ijan-paroi

Dah tahu kan kat mana nak makan kat Seremban ni? Tak payah pening-pening lagi. Sekiranya korang ada cadangan atau nak menambah restoran-restoran pilihan korang, nyatakan kat komen bawah.

Majoriti restoran/gerai yang aku suggest ni kebanyakannya dah bertapak lama di Seremban dan mempunyai pengaruhnya tersendiri. Bak kata orang, nak tengok restoran tu berjaya atau tak, tengok usianya. Hehe.