Lebih daripada 15.5 juta kes COVID-19 telah direkodkan setakat hari ini. Dari jumlah tersebut, lebih dari 600,000 orang sudah meninggal dunia, sementara 9.5 juta pesakit telah berjaya disembuhkan.
Pada permulaan penyebaran wabak COVID-19, masyarakat dunia berpendapat bahawa wabak ini hanya akan menular di sekitar China. Namun beberapa minggu kemudian, wabak tersebut telah menjangkiti beberapa negara lain. Setakat hari ini, lebih daripada 200 negara telah mengesahkan kes jangkitan wabak COVID-19.
Namun, masih ada beberapa negara yang belum melaporkan kes jangkitan COVID-19, malah ada pelbagai spekulasi yang menyebut bahawa negara terbabit berusaha untuk menutup kes jangkitan di sana.
Berikut adalah senarai negara yang tidak mempunyai kes COVID-19, seperti yang dipetik dari Aljazeera, 23 Julai 2020:
- Korea Utara (25.5 juta penduduk)
- Turkmenistan (5.85 juta penduduk)
- Kepulauan Solomon (680.806 penduduk)
- Vanuatu (299,882 penduduk)
- Samoa (198,414 penduduk)
- Kiribati (119,449 penduduk)
- Mikronesia (105.099 penduduk)
- Tonga (103.197 penduduk)
- Kepulauan Marshall (58,000 penduduk)
- Palau (17,907 penduduk)
- Tuvalu (11,508 penduduk)
- Nauru (12,704 penduduk)
Korea Utara adalah antara negara di Asia yang tidak melaporkan sebarang kes jangkitan virus korona dan laporan ini ternyata meragukan. Sumber Korea Selatan pernah melaporkan bahawa COVID-19 sebenarnya telah tersebar di negara yang dipimpin oleh Kim Jong Un.
Laporan ini sukar untuk disahkan, memandangkan Korea Utara mengamalkan kawalan ketat terhadap segala informasi yang keluar . Tetapi, negara ini juga mengalami kesan negatif terhadap ekonominya dan kini dalam krisis makanan.
Manakala negara-negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik masih tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 disebabkan lokasi negara yang terpencil. Sebagai contoh adalah Kiribati yang terletak hampir 4,500 kilometer dari New Zealand di Lautan Pasifik.
Bagi Turkmenistan pula, terdapat laporan menyatakan bahawa negara terbabit berusaha untuk menutup sebarang laporan mengenai kes penyebaran wabak COVID-19 di sana.
Untuk rekod, Malaysia telah mencatatkan lebih 8,840 kes wabak COVID-19 dan 123 kematian. Sejak pertama kali diserang wabak ini pada permulaan tahun 2020, kerajaan Malaysia telah berjaya menyembuhkan 8,574 pesakit COVID-19.
Terdahulu, seorang wanita di Malaysia yang telah melanggar kuarantin disahkan positif COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Langgar Kuarantin, Wanita Yang Makan Di Kedai Ini Disahkan Positif COVID-19