Kalau anda sedang mencari aktiviti hujung minggu untuk keluarga atau rakan-rakan, inilah masanya! Karnival Zakat Selangor 2025 kembali lagi dengan penganjuran yang lebih besar, lebih meriah dan penuh manfaat dan paling penting, masuk adalah PERCUMA!

Acara tiga hari ini akan berlangsung pada 27 – 29 November 2025 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Ayuh ketahui lebih lanjut aktiviti dan acara yang tersedia di Karnival Zakat Selangor 2025.

1,500 Peluang Kerjaya Menanti Anda

1,500 Peluang Kerja, Food Festival Dan Omar Hana, Semuanya Di Karnival Zakat Selangor 2025

Salah satu tarikan terbesar tahun ini ialah Karnival i-Kerjaya yang menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan daripada pelbagai syarikat dan industri.

Kalau anda sedang mencari kerja atau mahu tukar angin, jangan lepaskan peluang untuk walk-in interview terus di lokasi.

Aktiviti Untuk Semua Dari Kanak-Kanak Hingga Dewasa

Karnival tahun ini memang meriah habis! Ada macam-macam aktiviti yang sesuai untuk seluruh keluarga terdiri daripada:

  1. Aktiviti keluarga dan sukaneka
  2. Larian Zakat
  3. E-Sports dan VR Spot
  4. Pertandingan mewarna untuk si kecil
  5. Recycle Corner untuk didik masyarakat tentang kelestarian

Pendek kata, kalau datang satu hari pun tak cukup!

Food Festival dan Jualan Rahmah: Makan Sampai Puas

1,500 Peluang Kerja, Food Festival Dan Omar Hana, Semuanya Di Karnival Zakat Selangor 2025

Pengunjung juga boleh singgah ke Food Festival yang menghimpunkan pelbagai pilihan makanan tempatan.

Ditambah pula dengan Jualan Rahmah, memang sesuai untuk anda yang nak berjimat sambil menikmati juadah sedap.

Kemunculan Istimewa Omar & Hana

1,500 Peluang Kerja, Food Festival Dan Omar Hana, Semuanya Di Karnival Zakat Selangor 2025

Buat ibu bapa yang ada anak kecil, ini ada berita baik buat anda.

Omar & Hana akan membuat penampilan khas yang confirm bakal menjadi antara spot paling meriah sepanjang karnival.

Cabutan Bertuah Setiap Hari

Setiap hari akan ada cabutan bertuah untuk para pengunjung. Datang sahaja, daftar, dan anda berpeluang menang hadiah menarik. Siapa tahu, mungkin anda pulang dengan ‘rezeki yang bertambah’.

Bukan Sekadar Hiburan, Tapi Juga Kesedaran

1,500 Peluang Kerja, Food Festival Dan Omar Hana, Semuanya Di Karnival Zakat Selangor 2025

Karnival ini bukan hanya tentang aktiviti dan hiburan semata-mata. Ia juga bertujuan memberi pemahaman lebih mendalam tentang:

  1. Peranan zakat dalam membantu asnaf
  2. Bagaimana kutipan diagihkan
  3. Cara-cara masyarakat boleh terlibat dalam ekosistem kebajikan ini.

Jadi, sambil berhibur, kita juga berpeluang menambah ilmu.

Jom Meriahkan Karnival Zakat Selangor 2025

1,500 Peluang Kerja, Food Festival Dan Omar Hana, Semuanya Di Karnival Zakat Selangor 2025

Pastikan anda kosongkan kalendar sebabnya ini antara acara komuniti terbesar hujung tahun ini.

Katahui lebih lanjut mengenai Karnival Zakat Selangor 2025 dengan ikuti Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Facebook, Instagram dan TikTok. Jumpa anda di sana!