Piala Dunia sentiasa melahirkan bintang baharu, dan kali ini nama yang sedang hangat diperkatakan ialah Ayyoub Bouaddi.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu membuat penampilan rasmi pertamanya bersama Maghribi dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2026 menentang Brazil.

Walaupun berdepan tekanan besar dan menentang antara pasukan terbaik dunia, Bouaddi langsung tidak kelihatan gugup apabila membantu Maghribi mengikat Brazil 1-1.

Apa yang lebih mengagumkan, Bouaddi baru sahaja menukar kesetiaan antarabangsa daripada Perancis kepada Maghribi bulan lalu selepas sebelum ini mewakili serta pernah menjadi kapten skuad B-21 Perancis.

FIFA meluluskan pertukaran tersebut pada Mei 2026, membolehkannya beraksi untuk Maghribi di Piala Dunia.

Dalam perlawanan menentang Brazil, Bouaddi menjadi nadi utama jeneral yang menggerakkan jentera tengah Maghribi.

3 Bulan Lalu Kapten B-21 Perancis, Hari Ini Ayyoub Bouaddi Jadi Jeneral Maghribi Ikat Brazil Di Piala Dunia 2026

Ramai pemerhati memuji ketenangannya mengawal tempo permainan, ketepatan hantaran serta kematangannya walaupun baru berusia 18 tahun.

Malah ramai pemerhati menyifatkan beliau antara pemain terbaik di atas padang pada perlawanan menentang juara dunia kali tersebut.

3 Bulan Lalu Kapten B-21 Perancis, Hari Ini Ayyoub Bouaddi Jadi Jeneral Maghribi Ikat Brazil Di Piala Dunia 2026

Prestasi luar biasa itu turut menghangatkan spekulasi perpindahannya.

Sebelum ini Bouaddi sudah dikaitkan dengan Arsenal dan beberapa kelab elit Eropah, namun aksi menentang Brazil dijangka meningkatkan lagi minat terhadap pemain muda Lille itu.

Di media sosial, ramai peminat bola sepak meluahkan kekaguman terhadap persembahannya.