Tiga kelab telah dikenakan hukuman penggantungan daripada menyertai saingan Liga Malaysia.
Pengelola liga, Malaysia Football League (MFL) dalam satu kenyataan baru-baru ini menjatuhkan hukuman kepada Sri Pahang, Kedah Darul Aman dan Perak.
Baca Juga:
- Ranking FIFA Malaysia Naik 2 Anak Tangga

- Perlawanan Persahabatan: Harimau Malaya Mengaum Lagi, Tundukkan Palestin 1-0

- Pengurus Raith Rovers Gembira Richard Chin Dipanggil Skuad Harimau Malaya

Tindakan ini diambil susulan penarikan diri dan gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi musim 2025-2026.
Hukuman Untuk 3 Kelab Liga Malaysia
“Berdasarkan Perlembagaan MFL, mana-mana kelab yang menarik diri dari Liga Malaysia tidak akan menerima sebarang manfaat daripada MFL.
“Larangan daripada aktiviti bola sepak sebagai sekatan ke atas Rakan Kongsi apabila memutuskan status penyingkiran Kelab Rakan Kongsi dan pengurusan Kelab Rakan Kongsi tersebut.

“Justeru, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan untuk menggantung Sri Pahang yang telah menarik diri daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama satu musim berkuat kuasa bermula musim 2025-2026.
“Kedah Darul Aman dan Perak yang gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan pada musim 2025-2026 pula masing-masing digantung daripada menyertai semua pertandingan anjuran MFL selama dua musim berkuat kuasa bermula musim 2025-2026 sehingga 2026-2027.

“Atas kesalahan melanggar Perlembagaan MFL itu juga, ketiga-tiga kelab berkenaan turut dikenakan denda hilang hak ke atas wang agihan secara merit setelah berakhirnya Liga Malaysia 2024-2025.