Niat 3 keluarga untuk bercuti dan tinggal di rumah inap hancur apabila mereka menjadi mangsa penipuan.

Semua pembayaran deposit sudah dibuat menerusi kod QR. Namun ketika sampai di alamat rumah yang diberikan, sudah ada penyewa lain  di dalam rumah inap tersebut.

Dan ketiga tiga keluarga tersebut tiba serentak lalu menunggu  di luar pagar, kemudian menyedari mereka menjadi mangsa.

Ketika menghubungi ‘scammer’ tersebut, dia meminta keluarga keluarga tersebut buka sahaja pagar besi dan masuk.

Mangsa dengan jelas menegaskan bahawa: “Saya tak akan masuk, tidak pasal pasal kami pula jadi viral pula.”

Kejadian berlaku di Batu Ferringhi. Dipercayai ‘scammer’ tersebut menggunakan 3 kod QR berbeza untuk memperdaya kesemua 3 keluarga tersebut.

Video kejadian itu dikongsikan di media sosial. Dan mengundang perlbagai respon netizen.

Mereka meminta pihak polis dan Bank Negara Malaysia membantu menjejak penipu tersebut.

Netizen lain berkongsi pengalaman pernah terkena penipuan sama.

Di mana pihak scammer sebenarnya bukan pemilik rumah,  nnamun mereka mengambil kesempatan dengan mengiklankan rumah inap milik orang lain dengan menawarkan pakej yang boleh mengaburi mata.

Seorang lagi menambah: “Saya juga terkena hari itu. Kerana nak ‘cop’ rumah awal awal, saya deposit RM600. Tiba di rumah tersebut, tuan rumah diam.”

Ada juga yang mencadangkan guna sahaja aplikasi tempahan atas talian seperti Agoda atau Booking.com, sekiranya berlaku masalah, boleh dapatkan semua wang atau refund.

Walaupun tiada jaminan aplikasi tersebut bebas scammer namun menurut mereka, sekurang kurangnya boleh membuat tuntutan.

@majoritiofficial

Hati-hati semua, jangan sampai terpedaya dengan scammer macam ni. Tiga keluarga sekali kena. Klik link baca artikel penuh #rumahinap #homestay #scammer #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #majoriti

♬ ■ News News-Drone-IT-AI(963995) – ImoKenpi-Dou