Sebelum ini, ada individu mendakwa suami kepada aktiviti kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman telah menggunakan gelaran Datuk Seri palsu dimana gelaran itu dibeli dan bukan dianugerahkan dari mana-mana istana.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila pengguna Facebook mendedahkan nama Mahadi telah disenaraikan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Baca Juga:
- Nama Dipetik, Suami Heliza Helmi Label Dakwaan Fathia Latiff Sebagai Merepek
- Lantang Suarakan Isu Palestin, Instagram Beri Amaran Padam Akaun Heliza Helmi
- Muncul Dakwaan Suntik Botoks, Arash Mohamad Dedah Rahsia Tampil Awet Muda
Mahadi dipercayai terlibat dalam proses jual beli saham syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham. Terdapat dua syarikat yang Mahadi jual saham Islamic Redeemable Preference Share (IRPS) iaitu Kankyo Energy dan QEW.
Difahamkan, kedua-dua syarikat tersebut hanyalah skim Ponzi iaitu operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya.
Poster rasmi Securities Commission. Sebar dan beri kesedaran untuk elak lebih ramai kena tipu/scam. pic.twitter.com/HAVqCzGERC
— Najib Fazail (@najibfazail) February 27, 2024
Sejak April tahun lalu, ada muncul dakwaan bahawa Mahadi merupakan seorang penipu dan kali ini namanya sudah berada dalam senarai pemantauan Suruhanjaya Sekuriti Maaysia.