Kecoh sejak minggu lalu apabila Fathia Latiff menimbulkan kontroversi selepas membuat dakwaan keras terhadap pasangan Zahirah McWilson dan Aiman Hakim. Isu tersebut semakin mendapat ramai selepas beliau turut membuat dakwaan terhadap Zarina Anjoulie.

Terbaharu, giliran suami Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pula menjadi mangsa dakwaan Fathia Latiff apabila pelakon tersebut memaklumkan Datuk Seri Mahadi gagal menyiapkan rumah yang dibeli Fathia Latiff sejak lima tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Fathia, beliau sudah membayar sebanyak RM2,000 sebulan untuk rumah tersebut sejak lima tahun lalu namun sehingga kini masih belum nampak hasilnya.

Dakwaan yang dibuat untuk mendapat perhatian mStar yang tampil untuk bertanya secara terus kepada Datuk Seri Mahadi.

“Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia tu.” ulas Datuk Seri Mahadi.

Menurut Mahadi, beliau tidak membuat perniagaan melibatkan hartanah serta menjual rumah. Lebih mengejutkan, Datuk Seri Mahadi turut memaklumkan tidak pernah mengenali serta berurusan dengan Fathia Latiff.

Beliau juga turut menafikan syarikatnya menerima RM2,000 sebulan daripada Fathia. Dalam pada itu, Datuk Seri Mahadi tidak berminat untuk bertemu dengan Fathia bagi menyelesaikan isu ini sebaliknya menyerahkan kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

Sumber