Salah seorang aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia, Heliza Helmi kongsikan pengalaman peribadinya di mana askar wanita Israel lebih kejam berbanding askar lelaki.

Katanya, beliau dihalang daripada menunaikan solat oleh askar wanita ketika berada di dalam penjara. Bagaimanapun dibenarkan oleh askar lelaki, lapor Harian Metro.

Baca Juga:

“Sebenarnya tentera perempuan ini lagi dahsyat, lagi kejam. Tapi nasib baik ada tentera lelaki dan dia tanya saya apa yang berlaku.

“Saya cakap pada dia (tentera lelaki) yang saya seorang Muslim dan saya perlu solat. Dia nampaknya faham,” katanya ketika ditemubual Astro Awani.

Dalam pada itu, Heliza menyatakan mereka hanya diberikan makanan pada 2 Oktober lalu dan selepas itu dibiar kelaparan dan haus dahaga.

“Saya juga tidak diberikan minuman selama dua hari dan apabila diminta kepada tentera Israel langsung tidak dilayan sehingga terpaksa minum air dari tandas,” katanya.