Sejak perkembangan dunia digital tanpa batas hari ini, ramai memilih untuk menjadi golongan anti-sekolah kerana ‘nampak’ betapa mudahnya pempengaruh membuat duit menerusi media sosial.

Bagaimanapun misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bukan sahaja membuka mata dunia apa yang terjadi di Palestin, tetapi ia juga membuka perspektif baharu betapa pentingnya pendidikan buat orang ramai.

Baca Juga:

Menerusi hantaran Threads @fatinmarini, beliau kongsikan keterkaitan antara Global Sumud Flotilla dengan pendidikan hari ini.

“Mana anak Melayu yang selalu canang universiti tidak penting, sekolah tidak penting, sains tidak penting, Bahasa Inggeris tidak penting, pendidikan tidak penting?

“Global Sumud Flotilla sepatutnya ‘mengetuk’ diri anda,” kata beliau.

Global Sumud Flotilla bukti pentingnya pendidikan
'Global Sumud Flotilla Bukti Pendidikan Sangat Penting' – Netizen Tempelak Golongan Anti Sekolah
Sumber Gambar: Threads @fatinmarini

Menurutnya, menerusi pendidikan orang ramai dapat dipermudahkan memberi bantuan kepada ummah yang memerlukan.

Beliau memberikan contoh seperti Bahasa Inggeris penting untuk menyampaikan mesej dan menjadi suara kepada mangsa penindasan.

Dengan ilmu sains pula dapat mengemudi dan mengerakkan kapal-kapal berlayar di lautan.

Sementara universiti dan pendidikan dapat membuka peluang untuk jaringan kenalan (networking), serta pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah.

'Global Sumud Flotilla Bukti Pendidikan Sangat Penting' – Netizen Tempelak Golongan Anti Sekolah
Sumber Gambar: Facebook Sumud Nusantara Official

“Apabila ummah memerlukan anda, anda sentiasa dapat menyahut seruan tersebut,” kata Threads @fatinmarini.

Hantaran Threads itu meraih sokongan warganet yang bersetuju tentang kepentingan pendidkan.

Netizen berharap ibu bapa pada hari ini lebih cakna kepentingan pendidikan. Pada masa sama dapat membina anak-anak pintar, cekal supaya dapat menghulurkan bantuan buat yang memerlukan.