Pada minggu lalu nama suami Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menjadi bualan netizen apabila beliau disenaraikan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagaimanapun, Mahadi memaklumkan tidak mengetahui hal itu kerana tidak menerima sebarang makluman atau surat daripada pihak berkenaan. Beliau turut menafikan syarikatnya terlibat perkara yang salah, menipu atau melakukan perkara haram.

Baca Juga:

Dalam kemas kini terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan siasatan ke atas syarikat pelaburan milik usahawan, Mahadi Badrul Zaman, 40, yang disahkan tidak mempunyai lesen kepada SC.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya selari dengan SC bahawa syarikat berkenaan tiada lesen untuk menjalankan aktivitinya.

“Berdasarkan kenyataan dikeluarkan SC bahawa syarikat itu beroperasi tanpa lesen dan kita berpegang kepada perkara sama. Sudah tentu SC lebih mengetahui kerana di bawah bidang mereka.

“Di pihak PDRM, belum ada laporan diterima mengenainya, tapi kita bersama-sama SC menentukan ianya setakat ini (syarikat) tidak berlesen untuk menjalankan kegiatan sedemikian (pelaburan),” katanya.

Memetik Harian Metro lagi, SC dalam kenyataan memaklumkan syarikat milik suami Heliza Helmi itu didapati menjalankan urusan perniagaan dalam aktiviti terkawal dengan mempromosi saham syarikat awam tidak tersenarai tanpa memegang lesen daripada SC.

Susulan itu, nama dan syarikat berkenaan dimasukkan dalam senarai peringatan pelabur untuk mengenal pasti sama ada individu dan entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosi atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

Sumber