Bermula tarikh 1 Jun ini, urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa di tiga cawangan pejabat imigeresen ini akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya mulai 1 Jun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketiga-tiga pejabat yang dimaksudkan adalah Kajang, Kelana Jaya dan Wangsa Maju.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: worldorgs.com

Tambah beliau, dengan perlaksanaan secara dalam talian sepenuhnya menerusi sistem MyOnline Passport, kategori permohon yang berumur antara 13 hingga 59 tahun untuk urusan pebaharuan pasport tidak lagi diterima di kaunter atau secara jumpa terus di ketiga-tiga pejabat berkenaan.

Difahamkan inisiatif itu diambil dalam menangani isu kesesakan di pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang sering disuarakan rakyat.

Ketiga-tiga pejabat cawangan ini dipilih kerana ia merupakan antara pejabat yang menjadi tumpuan di Lembah Klang dan antara pejabat yang mengeluarkan pasport yang tertinggi.

Bahkan, pejabat-pejabat ini berada di kawasan liputan internet yang baik sekaligus tiada alasan permohonan secara dalam talian tidak dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun ujar Saifuddin, tiga pejabat pengeluar pasport itu masih menerima enam kategori pelanggan yang ingin membuat permohonan atau pembaharuan pasport secara walk-in.

“Melainkan walk-in boleh untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah, warga emas 60 tahun ke atas, bakal jemaah haji. Nanti Tabung Haji (TH) akan keluarkan senarainya dan mereka boleh walk-in.

“Pelajar yang berumur 21 tahun ke bawah yang dapat tawaran belajar luar negeri, orang kelainan upaya (OKU) dan ahli keluarga yang mengiringi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah juga boleh mendapatkan perkhidmatan secara walk-in,” katanya lagi.

Mengulas lanjut ujar Saifuddin, sejak April hingga Disember tahun lalu sebanyak 2.3 juta pasport telah dikeluarkan. Manakala bagi tahun ini sehingga 12 Mei, sebanyak lebih 1.6 juta pasport telah dikeluarkan JIM.