Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putarajaya bersama sama dengan JPN Selangor dan Jabatan Imigresen Selangor berjaya membongkar kegiatan MyKad palsu di sebuah kilang di Pelabuhan Klang.

Menurut laporan Astro Awani, sindiket tersebut menawarkan mykad palsu berharga serendah RM100 sehingga RM500 kepada warga asing.

Warga asing yang membeli mykad palsu tersebut  menggunakannya untuk meminta pekerjaan.

Seramai 32 orang warga Indonesia berusia 21 sehingga 48 tahun – terdiri daripada 20 wanita dan 12 orang lelaki – ditahan adalah pekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Klang. Dan mereka telah menggunakan kad pengenalan palsu serta kad pengenalan milik orang lain.

Hasil siasatan, mereka mendapatkan kad pengenalan palsu itu menerusi ejen pencari kerja. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Operasi ini antara usaha berterusan JPN dan Jabatan Imigresen dalam usaha memerangi sindiket menjual MyKad atau kad pengenalan palsu kepada warga asing.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan dialu alukan untuk menyalurkan informasi kepada JPN dan Imigresen dalam usaha membanteras penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

@501awani

Kegiatan warga asing membeli kad pengenalan palsu dengan harga serendah RM100 bagi mendapatkan pekerjaan terbongkar selepas 32 individu ditahan menerusi serbuan di sebuah kilang di Pelabuhan Klang. AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾