Semalam kecoh di media sosial tentang dakwaan kebocoran data MyKad 17 rakyat Malaysia yang bakal dijual di dalam pasaran gelap.

Bagaimanapun, khabar angin itu didapati adalah palsu apabila seorang wakil organisasi DragonForce Malaysia mendedahkan bahawa laporan tersebut adalah palsu kerana gambar MyKad yang dikongsikan diisi dengan maklumat serta gambar individu yang tidak berkaitan atau wujud sama sekali.

Ini termasuklah terpampang gambar sosok pengganas Raja Sulu yang digunakan beserta nama dan alamat yang direka oleh individu tertentu. Malah, Raja Sulu juga didakwa berumur 24 tahun dengan nombor MyKad bermula 00 padanya.

Raja Sulu Lahir Tahun 2000? - Ramai Tertipu Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Bocor

Walaupun telah dikaburkan, indvidu berjaya menemui gambar jelas yang mana teks dan gambar pada MyKad yang tersebar tidak konsisten dan nampak kesan suntingan menerusinya.

Hal ini sekaligus membuktikan dakwaan kebocoran tersebut tidak benar sama sekali dan pihak DFM meminta orang ramai untuk tidak mudah tertipu serta menyebarkan berita tanpa sebarang selidik sewenang-wenangnya.

“Tak pasti? JANGAN KONGSI ! Tolong jangan post berita atau info yang tak sah. Aduhaii”, ciapnya di X.

Dalam perkembangan lain, KDN turut menafikan dakwaan berlakunya kebocoran 17 data MyKad seperti yang dikongsikan di media sosial.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemeriksaan rapi yang dilakukan agensi keselamatan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak sahih sama sekali.

Sebagai peringatan, Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan data terutama MyKad milik seluruh rakyat Malaysia adalah terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.