Data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 Juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual di laman web gelap iaitu darkweb.
Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman X iaitu Fusion Intelligence Center dimana mereka mendedahkan sampel kad pengenalan telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Simpanan KWSP Yang Perlu Ada Apabila Cecah Usia 35 Tahun
- Gelar Penjual Minuman Sebagai Bodoh Ketika Ceramah, Ulama Ini Dikecam
- ‘Merisaukan’ – Netizen Terkejut Dengan Jawapan Ujian Murid Sekolah Rendah
“Mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap. Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan,” katanya.
It is claimed that data of 17 million Malaysian🇲🇾 citizens' MyKAD has been leaked and is being sold on the dark web. As proof, they have publicly shared samples of Malaysian ID cards on the dark web. This massive data breach raises concerns as it could lead to serious crimes like… pic.twitter.com/MAXn5YUW8T
— Fusion Intelligence Center @ StealthMole (@stealthmole_int) December 3, 2024
Ini bukan kali pertama berlaku dimana pada 2022, pentadbir laman Facebook Pendakwah Teknologi mendedahkan hampir 13 juta maklumat pengguna dari Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.
Mengikut hantaran di Forum Breach di bawah sub tajuk 13 juta pengguna bank bocor pada 25 Disember 2022 dikatakan kira-kira 3.5 juta maklumat pengguna Astro bocor disusuli dengan 1.8 juta maklumat Maybank dan 7.2 juta maklumat SPR.
Antara maklumat yang bocor itu melibatkan nama pengguna, nama dan nama bapa, tarikh lahir, alamat dan nombor MyKad.
National Cyber Security Agency (Nacsa) dalam satu kenyataan berkata mereka sedang menyiasat laporan mengenai kebocoran data MyKad seperti yang tular ketika ini.
“Kami faham ini adalah isu yang membimbangkan orang ramai dan ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami sedang memeriksa perkara ini dengan sangat serius,” kata jurucakap dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
“Pakar kami sedang menyiasat keadaan dengan teliti untuk mengesahkan kesahihan dakwaan ini dan menilai sejauh mana potensi kompromi. Nacsa komited untuk melindungi data peribadi dan akan mengambil tindakan yang perlu berdasarkan penemuan kami.”
Nacsa berkata mereka akan menyediakan kemas kini apabila lebih banyak maklumat tersedia sambil menggesa orang ramai untuk mengelak daripada menyebarkan laporan yang tidak disahkan dan hanya merujuk kepada maklumat yang disahkan daripada pihak berkuasa.