Urusan pengeluaran MyKad Generasi Baharu secara berperingkat akan bermula esok, 17 September 2026, di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara.

Orang ramai yang membuat permohonan di 40 cawangan JPN terpilih yang dilengkapi kemudahan Pusat Cetakan boleh menerima MyKad baharu mereka siap pada hari yang sama.

Manakala bagi cawangan JPN yang tidak mempunyai kemudahan cetakan tersebut, proses permohonan masih boleh dilakukan dengan tempoh pemprosesan dan serahan mengambil masa lima (5) hari bekerja.

Senarai Cawangan JPN Cetakan Hari Yang Sama

Berikut adalah senarai 40 cawangan JPN mengikut negeri yang menyediakan perkhidmatan cetakan MyKad Generasi Baharu siap pada hari yang sama:

Kuala Lumpur / Putrajaya: UTC Keramat, UTC Kuala Lumpur, UTC Sentul, JPN Kuala Lumpur, JPN Putrajaya

Selangor: UTC Selangor, JPN Selangor, JPN Petaling Jaya

Pulau Pinang: JPN Seberang Perai Utara, UTC Pulau Pinang, JPN Pulau Pinang, UTC Seberang Perai

Perak: UTC Perak, JPN Perak

Kedah: UTC Kedah, JPN Kedah, UTC Sungai Petani

Perlis: UTC Perlis

Johor: UTC Pasir Gudang, UTC Johor, JPN Johor

Melaka: JPN Melaka, UTC Melaka

Negeri Sembilan: UTC Negeri Sembilan

Pahang: JPN Pahang, UTC Pahang

Terengganu: UTC Terengganu, JPN Terengganu, JPN Dungun

Kelantan: JPN Kelantan, UTC Kelantan

Sabah: UTC Keningau, UTC Sabah, JPN Tawau, JPN Sandakan

Sarawak: UTC Sibu, UTC Miri, JPN Sarawak, UTC Sarawak

W.P. Labuan: JPN Labuan

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran MyKad Generasi Baharu ini boleh melayari Portal Rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau mengajukan sebarang pertanyaan secara terus melalui perkhidmatan Chatbot JPN.