Siapa sangka pada hari ini ternyata mencari pekerjaan yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari jauh lebih sukar berbanding daripada mencari pasangan hidup.

Memetik Rnggt, inilah kenyataan yang digambarkan oleh 34% rakyat Malaysia pada tinjauan pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK.

34% Rakyat Malaysia Akui Cari Pekerjaan Lebih Susah Berbanding Cari Pasangan Hidup
Sumber Gambar:cili sos

Difahamkan cabaran tersebut bukan hanya tertakluk kepada bidang yang dipelajari, bahkan keperluan pengalaman dan kemahiran khusus juga menyukarkan lagi perolehan pekerjaan yang diimpikan.

Peratusan yang lebih besar telah diperlihat pada kumpulan graduan negara, yang baharu sahaja ingin memulakan dunia kerjaya mereka.

Sementara dua pertiga atau 63% daripada rakyat Malaysia akui lebih sukar mencari pekerjaan setara kemahiran ketika awal memasuki pasaran pekerjaan.

Daripada jumlah itu hanya 18% pekerja sahaja dilaporkan berjaya meraih pekerjaan yang setimpal dengan kemahiran mereka pada pasaran semasa ketika ini.

Walaupun tidak berpuas hati akan peluang pekerjaan yang diraih, pihak Jobstreet mendapati tindakan untuk mencari pekerjaan baharu dilihat semakin berkurangan seiring dengan usia kumpulan pekerja.

Sebagai perincian, sekitar 55% pekerja berusia 24 tahun menyatakan ketersediaan mereka untuk mencari pekerjaan dalam tempoh setahun jika peranan pekerjaan tidak selari dengan kemahiran yang dimiliki.

Namun peratusan itu semakin berkurangan apabila hanya 35% pekerja berusia 25 tahun sehingga 34 tahun bersedia untuk mencari peluang pekerjaan baharu.

Kemudian diikuti hanya 26% sahaja pekerja berusia 45 tahun sehingga 54 tahun berbuat tindakan tersebut.