Di dalam kehidupan yang serba mencabar ini, ada segelintir individu yang bertuah mendapat gaji lumayan lebih-lebih lagi apabila bekerja dengan syarikat terkemuka seperti Petronas.
Namun, tidak kurang juga ada yang mampu meraih pendapatan yang tinggi dengan kerja dalam bidang atau sektor tertentu yang mungkin kurang diketahui ramai.

Baca Juga:
- Rakyat Malaysia ‘Bazir’ Duit Seminggu RM70 Hingga RM100 Untuk Kopi Sahaja
- Muak Kerja 9-5, Individu Nekad Gunakan Duit Simpanan RM10,000 Untuk Forex Tapi ‘Terciduk’
- Duit Deposit Selalu ‘Burn’, Individu Tekad Enggan Bayar Sewa 2 Bulan Sebelum Pindah Tempat
Perkara ini menjadi perbincangan di platform X apabila seorang pengguna bernama @adibhzlami mendedahkan tentang luahan seorang individu yang mahu merancang kewangan dalam meraih pulangan maksimum.
Gaji 9k+ paid in cash
Free accomodations
Free meals, 4 times daily
Free carMari teka what kinda job this person is in pic.twitter.com/EIuJzgRm5h
— Dibs (@adibhazlami) October 20, 2024
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah jumlah pendapatan serta sejumlah faedah yang diterima oleh individu terbabit.
Selain meraih pendapatan bulanan lebih RM9,000, dia juga menerima kereta serta tempat penginapan dan diberi makanan sebanyak empat kali sehari.
Susulan pendedahan itu, majoriti netizen mula tertanya-tanya pekerjaan apakah yang mampu menawarkan gaji lumayan serta pelbagai faedah menarik di Malaysia ini.
Memandangkan individu tidak membuat caruman KWSP dan hanya dibayar dalam wang tunai, orang ramai berpendapat individu terbabit mungkin terlibat dengan syarikat penipuan Macau yang biasanya tidak mahu dijejak oleh pihak berkuasa.
Selain itu, ada juga yang merasakan pekerjaan yang mempunyai sistem pengajian sebegini adalah pemandu lori yang mana memang gaji dibayar tinggi dalam bentuk wang tunai.
Sebahagian lain pula mendakwa pekerjaan yang memiliki gaji lumayan dengan sejumlah faedah menarik sebegini secara logiknya dinikmati oleh mereka yang bekerja sebagai pengawai khas politik.
Dalam menguatkan hujah mereka berhubung ketiadaan caruman gaji adalah disebabkan dipercayai majikan mungkin tidak mahu membayar sumbangan kanun kerana leceh menguruskan perkara itu.
Di samping itu, ada yang lain mengaitkan individu terbabit mungkin berkecimpung dengan kerja ‘Sugarbaby’ yang sememangnya ditanggung keseluruhan perbelanjaan termasuklah duit belanja, kereta, makan dan sebagainya oleh orang kaya.
Apa pula tekaan anda berhubung persoalan pekerjaan ‘anonymous’ ini yang dikira cukup lumayan dari segi gaji dan juga faedah-faedah lain yang diterima pada setiap bulan?