Kehadiran sejumlah teknologi AI sememangnya memudahkan urusan seharian namun memberi kesan pula kepada peluang pekerjaan. Perkara ini sudah pasti menjadi topik hangat di peringkat global.

Menurut laporan terkini, terdapat potensi seramai 4.5 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan sekiranya mereka tidak menaik taraf kemahiran berasaskan permintaan tenaga kerja semasa menjelang tahun 2030.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Economic Times Brand Equity

Peringatan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini dilihat selari dengan gesaan yang pernah dikongsikan Forum Ekonomi Dunia 2020 sebelum ini. Mereka berpendapat lonjakan sokongan teknologi seperti AI berupaya mengurangkan kebergantungan sesebuah negara ke atas jumlah pekerja.

Amaran ini meliputi industri seperti pembuatan, penjagaan kesihatan dan khidmat pelanggan. Oleh itu, terdapat saranan bahawa 50% pekerja yang tersedia perlu menjalani latihan kemahiran semula bagi memastikan petugas sedia ada kekal relevan dan boleh memenuhi tuntutan permintaan pekerjaan di masa kelak.

Bagaimanapun, KSM berkata kemunculan sokongan teknologi baharu ini masih dapat dikawal kerana terdapat fungsinya yang memudahkan dan meningkatkan kecekapan pekerja di dalam sesetengah industri. Gabungan manusia dan teknologi dilihat mampu meningkat produktiviti sesebuah operasi.

Meskipun begitu, masih terdapat keperluan buat majikan untuk meningkatkan kemahiran dan laksana latihan kemahiran semula bagi para pekerjanya. Langkah ini penting untuk memastikan pasaran pekerjaan di Malaysia terus relevan untuk semua tenaga kerja.

Sumber