Selangor mengumumkan ketua jurulatih mereka, Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan selepas mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Dalam pengumuman yang dikeluarkan baru-baru ini, Cheng Hoe bakal mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih salah satu kelab di Thailand dan skuad Gergasi Merah turut menerima bayaran pampasan berdasarkan penamatan kontrak jurulatih itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbul persoalan baharu mengenai siapa yang akan menggantikan Cheng Hoe sebagai pengendali Selangor dan berikut empat calon jurulatih yang boleh dipertimbangkan oleh pengurusan pasukan

1. Petar Šegrt

Piala Asia 2023
Sumber Gambar: FAM

Jurulatih yang penuh karisma ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas beliau memutuskan untuk meninggalkan Tajikistan sejurus berakhirnya temasya Piala Asia 2023 di Qatar baru-baru ini.

Petar menjadi bualan peminat bola sepak tanah air selepas beliau membantu Tajikistan memenangi Pestabola Merdeka tahun lalu.

2. Park Hang-seo

Park Hang-seo
Park Hang-seo

Sama seperti Petar, Park Hang-seo ketika ini bergelar ejen bebas selepas beliau berpisah dengan skuad kebangsaan Vietnam pada tahun lalu.

Jurulatih dari Korea itu berjaya membantu Vietnam memenangi Piala AFF Mitsubishi Electric pada 2018 selain menjadi watak penting bagi skuad B-23 Tahun negara itu muncul naib juara saingan AFC B-23 pada tahun yang sama.

3. Shin Tae-yong

Shin Tae-yong
Shin Tae-yong

Shin Tae-yong ketika ini masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) namun terdapat persoalan mengenai masa depan beliau bersama pasukan itu.

Tae-yong mempunyai reputasi yang baik di Indonesia dimana beliau berjaya mengubah lanskap skuad kebangsaan negara itu dengan banyak menggunakan tenaga muda ketika beraksi di peringkat antarabangsa.

4. Alexandre Polking

Alexandré Pölking
Sumber Gambar: Changsuek

Mano Polking membantu Thailand memenangi dua trofi Piala AFF iaitu pada tahun 2020 dan 2022 namun beliau ditendang keluar oleh FA Thailand sebulan sebelum temasya Piala Asia 2023 bermula.

Setakat ini, Polking belum terikat dengan mana-mana pasukan dan beliau dilaporkan bersedia untuk kembali bergelar pengendali pasukan di rantau Asia Tenggara.

Empat jurulatih di atas memiliki pengalaman luas dalam saingan bola sepak Asia Tenggara sekaligus menjadi calon yang sesuai untuk mengendalikan Selangor yang akan beraksi di pentas Asia musim ini.