Pasukan Selangor sedang mencari pengganti kepada Tan Cheng Hoe yang memutuskan untuk menamatkan kontrak lebih awal bagi menyertai salah satu kelab dalam saingan Thai League 1 iaitu Police Tero.

Antara nama terawal yang dikaitkan dengan pasukan itu ialah bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand, Alexandre Polking yang mana jurulatih kelahiran Brazil itu tidak terikat dengan mana-mana pasukan ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, nama bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo turut berada dalam senarai calon yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cheng Hoe.

Selangor
Park Hang-seo

Akan tetapi, terdapat satu perkara yang boleh menghalang Selangor daripada mendapatkan khidmat jurulatih dari Korea Selatan itu iaitu gaji tinggi yang diterimanya ketika mengendalikan Vietnam.

Menurut laporan media Vietnam, Hang-seo menerima gaji bulanan sebanyak $50 Ribu sebulan atau sekitar RM237 Ribu dan beliau juga diberikan keistimewaan iaitu tidak perlu membayar sebarang bayaran kepada Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sekiranya menjadi duta kepada mana-mana produk.

Manakala bagi Polking pula, ketika beliau mengendalikan skuad Thailand, bekas ketua jurulatih Bangkok United itu menerima gaji sebanyak $27 Ribu sebulan atau sekitar RM127 Ribu sebulan, jauh lebih rendah berbanding Hang-seo.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan Nidzam Jamil merupakan satu-satunya jurulatih tempatan yang berada dalam senarai untuk menjadi ketua jurulatih Selangor manakala ada beberapa jurulatih dari luar negara yang sedang dipertimbangkan.

“Kami mencari jurulatih yang memahami dan meneruskan falsafah Cheng Hoe. Bekas jurulatih kami melaksanakan tugasnya dengan baik musim lalu,” kata Dr Johan.